Friday 30 November 2012

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum...

Hari ini sajer nak share resipi Ikan Patin Masak Tempoyak. Tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan, so kita cari ler resipinya. Alhamdulillah, google jer ada berlambak kat internet tu.

Resipinya macam ni, first sekali kena cari ikan patin nih. Bukannya mudah nak cari, kalau jumpa pun belum tentu berkenan dengan harganya yang sedikit mahal. En. Suami cuba dapatkan daripada kaki pancing kat Sabak Bernam. Katanya, kalau dapat ikan patin yang dipancing tidak ler berbau macam ikan yang dibela.

Dapat jer ikan patin, badan ikan dipotong kecil dan dibersihkan. Pastu dididih.

Masukkan beberapa bahan iaitu 2 helai daun kunyit (dikoyak-koyakkan), tempoyak sebanyak 5 sudu makan dan garam secukup rasa (lebih kurang secubit atau secubit setengah).

Pada masa yang sama, beberapa bahan yang perlu dikisar bersama iaitu 5 biji cili merah, 10 biji cili api dan 1 inci kunyit. Pastu masukkan sekali bersama ikan patin yang dididih tadi.

Dalam beberapa minit, siaaapppp... pasti sedap. Tapi kena buat betul-betul, kalau tidak tak menjadi masak tempoyaknya. Petuanya, pastikan ikan patin yang dimasak tu adalah yang terpilih, kalau tidak baunya lain macam. 

Selamat memasak...   :)

Ikan Patin Masak Tempoyak

No comments:

Post a Comment