Saturday 24 November 2012

Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional

Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2013

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)


KEMUDAHAN ASRAMA

Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON

1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan

i. Sihat tubuh badan

ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.

3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SENARAI KOLEJ / SEKOLAH

Maklumat lanjut klik sini

Tarikh tutup permohonan : 30 Disember 2012

Sumber: http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan

No comments:

Post a Comment