Sunday 28 October 2012

Hi..anakku hafizfahmi

Salam Aidil Adha


Betapa majunya teknologi seiring dgn perkembangan minda anak-anak masakini. Betapa 'jauhnya'ketinggalan kita nan dewasa ini. Depa dah pandai touch and tarik ..xingat la ejaan dlm bhs english,nmpk no kita dah tua..kita pula br nk pandai buka tablet. Hahaha

Tgok ajer si afiz..bukan main cptnya cari video ultraman dlm youtube. Mama baru ajer download games subway , mama main xlps pun games 1..dia dah pai level 3. Hish hish mcmner nk compete nie!

Anakku afiz..

Friday 12 October 2012

Salam Bola Piala Malaysia 2012..

Ketika menonton bola ini telahpun berada dalam minit ke71.33.,.Selangor vs Kelantan.

Za memang lah peminat Fanatik S'gor-The Red Giant..tapi bila dah kahwin ingatkan slow la sikit tapi makin fanatik BOLA la pulak sbb suami memang giler bola, makan bola tido pun bola jugak.

Tapi hari nie za nak komen sikit la , Juruulas sukan ASTRO ARENA utk games ini amat mematikan 'selera' utk terus menghadap skrin. Jadi TENSION tgok bola, sbbnya asyik dok komen ajer pastu la berat sebelah. banyak sangat bercakap, siap komen bertalu-talu. Tak mcm zaman Dato' Rahim Razali, Haji Hasbullah Awang , Abu Bakar Atan dll. Mereka mengulas games sampai kita bleh terasa yg kita turut serta bermain dalam padang walaupun kita sebenarnya kat umah ajer ( maklumlah masa tu bujang perempuan mana leh gie stadium). BAk kata suami za..meremang bulu roma dengar suara depa.

Ape pun rasanya Kelantan menang utk games nie..serangannya amat mantap berbanding dengan S'gor. Memang SAH Kelantan Menang..suami za dah jerit melolong kat hall umah Gol,Gol,Gol!!Kesian S'gor.....

p/s : saper la pengulas sukan nie? x BEST langsung. Boring!Boring!Boring!


Thursday 11 October 2012

SALAM UNTUK TEMAN & PEMBACA SEKALIAN..

Assalamualaikum...

Oktober dah menjelang maknanya kita ada 2 bulan lagi untuk jejak kaki ke tahun 2013. Ini juga bermakna kita akan membuat perancangan baru bagi memperbaiki kelemahan dan buat penambahbaikan terhadap semua perancangan yg telah, sedang dan yg masih dalam pelaksanaa.


Untuk tahun 2013 , yg penting takwin persekolahan 2013 mesti ada dalam tangan, kalau idak semua rancangan tahunan bakal jadi kucar kacir..terutama kepada anak-anak kita. Cuti hilang entah ke mana..booking hotel , booking tiket pelbagai , lastly xdapat pegi x ke haru-biru namanya..



terlajak cakap tentang takwin , kat bawah nie za dah download takwin persekolahan 2013, download ajerlah yer..Okay..bye.


Takwim Persekolahan Tahun 2013

Monday 1 October 2012

Salam Sejahtera..Ahlan Wah Sahlan

Assalamualaikum...

Hari ini berbagai ilmu telah Za perolehi. Antaranya ialah daripada ucapan Ustz Alham mantan PPPD Unit Pendidikan Islam....

* Bukan mudah untuk mencari sesuatu ilmu itu tanpa berusaha.

* Buat sesuatu itu mestilah IKHLAS

* Mohonlah kemaafan daripada ibu bapa, rakan dan terutama sekali kepada GURU jika inginkan

keREDHAan-Nya.

Ilmu ke2 za perolehi daripada Ustz Badri..ilmu up-grades za punya blog la..Akhirnya za telah berjaya serba sikit men-top-upkan blog nie..HAhahA..ketawa bagai Aziz Satar dalam Ali Baba Bujang Lapok...

Tapi sebelum 2, za mohon maaf kepada pengunjung yang datang menjengok laman nie..masih banyak info yang belum dimasukkan. Insyaallah , za akan cuba menambah baik lagi... berikan ape ajer input untuk penambahbaikan ini...Raze