Thursday 20 March 2014

Kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam

As salam,
Hari nie kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam...
Raze xleh duduk diam , risau macam manalah budak2 ku tahun nie.
Pagi tadi siap2kan baby Hafeeza , kejutkan Kak Isya, hantar pergi rumah nenek. Cuma kakak Isya aje kena ikut mama sbab taska xnak
Terima budak chicken pox..huhuhuhhu....
Terpaksalah kakak ari nie berpanas kejap

Games pertama dah menang 2-0 lawan dgn SMKA 5 , games  kedua SMJK Yoke Kuan pun keputusannya 0-2. Johan kumpulan A. Tahniah.
Lepas abiz games , Raze kena balik. Kakak Isya dah mengamuk nak tido ... so maaflah anakanda sekalian mama kena balik. Dgn doakan mama iringkan supaya kejayaan tetap bersama kalian. PERTAHANKAN KEJUARAAN KITA!!!!!!

Friday 14 March 2014

PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI SELANGOR

As salam,
Tahun ini Raze terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti kadet bomba. Macam selalu raze selalu akan ceritakan tentang perkembangan aktiviti kadet bomba SMKSB, cuma tahun nie raze 'rehat' sekejap sebab nak jaga bbaby Hafeeza.
Alhamdulillah  anakanda kadet bonda masih  memberi komitmen yang tinggi hingga terpilih 6 orang kadet ke peringkat negeri. Walaupun berkurangan namun anakanda ku memberikan yang terbaik dalam semua acara mereka. TAHNIAH SABAK BERNAM JUARA KESELURUHAN!

Raze tidak berkesempatan untuk melihat atau merakam aktiviti mereka , hanya iringi doa ku berikan agar mereka sihat dan selamat dalam menjalankan aktiviti pertandingan tersebut dan semestinya berjaya dalam acara mereka masing2. Apapun terima kasih dan sekalung tahniah cikgu ucapakan kepada mu wahai anakanda kadetku semua..ANDA ADALAH YG THE BEST.......♡♡♡♡♡♡♥'')

Thursday 6 March 2014

Assalamualaikum..
Lama sudah tidak menulis dalam blog Cikgu Raze..
Almaklumlah kehadiran ‘orang baru’ dalam kehidupan raze sekarang makin membuatkan terasa amatlah busy , mana nak urus si Princess ( 1 th 2 bln ) , si abg lagi, budak2 SMKSB..oooOOh berat tanggungan Raze kali ini.Tapi Alhamdulillah dan amat berterima kasih kepada hubbyku yang amat membantu dalam penjagaan anak2, thanks abg..rakan2 taulan SMKSB terima kasih atas keperihatian kalian semua..thanks a lots..
Dalam berpantang kali ini ujian datang bertimpa-timpa, tapi Raze tetap bersyukur dan redha atas ujian Nya kali ini..setiap kali ujian mendatang, ganjaran yang diterima juga setimpal dengan ujianNYa.. itulah yang senantiasa dalam hati Raze. In sha Allah. Amin.
Hari ini, sedang mencari resepi untuk berpantang terbacalah satu info yang amat menarik. Raze paparkan disini untuk perkongsian ilmu bersama. Thanks kepada yang paparkannya di Internet Azwa Iela | Tupai . Jom baca..
Manggis bagus untuk kesihatan
5 Mac – Tahukah anda buah manggis sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan? Selain dapat menyejukkan badan daripada panas selepas memakan durian, manggis juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kulitnya. 

Buah manggis mengandungi sejenis fitonutrien yang kuat iaitu Xanthone. Xanthone dikenali sebagai antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas iaitu penyebab penyakit degeneratif seperti jantung, strok dan kanser. 

Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda. 

Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau. 

Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.
Sumber Petikan:

By Azwa Iela | Tupai – Wed, Mar 5, 2014 11:22 AM MYT