Wednesday 27 February 2013

Keriangan Alam Kanak-kanak

Assalamualaikum,
Waktu mula terselak gambar nie, tergetik hati Raze alangkah indahnya zaman itu.  Melihat gambar ini juga , Raze teringat kenakalan mereka berdua, abis stereo hi-fi pakcik Ejal yang terkopak. Mama tak nak ganti tau! Hahaha

Di sini, Raze nak kongsi satu ilmu yang baru raze baca semalam, nak didik anak yang 'nakal'. Majalah mingguan  wanita , page nya xingatlah pula, ada pakar yang mengatakan sebaik sahaja anak kita tidur , bisikkan ditelinga mereka dengan menyatakan betapa bangga kita menjadi mama dan babah kerana dengan adanya mereka. Betapa pandainya mereka pada hari ini. Setelah itu bisikkanlah kepada mereka betapa seronoknya pergi ke sekolah, jumpa kawan, cikgu, boleh bermain dan belajar dsb.
Tujuannya ialah apabila mereka bangun tidur, sudah ada satu pesanan untuk mereka melayari perjalanan hidup untuk hari ini. Sirami mereka dengan kata yang lembut tetapi tegas .
Bila Raze pikir2kan kadang kala , kita terlalu berkeras untuk mendidik anak untuk mengikut acuan kita bina, bukan hasil daripada tolenrasi ibubapa dengan anak. Mungkin sebab itu anak kita menjadi 'keras', 'degil' untuk dilentur.
Wallahu alam..

Saturday 9 February 2013

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2013

Gong Xi Fa Cai...

Raze ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada tahun 2013 ini kepada rakan-rakan sekolah, seperguruan dan juga anak-anak murid Raze yang berbangsa Cina.

Oh! Tahun ni tahun ular rupanya. sssssSssssSssssSsssssSssssss

Kepada yang mengambil kesempatan bercuti balik kampung sebab cuti yang panjang dari 9.2.2013 hingga 12.2.2013 (4 hari), dinasihatkan agar berhati-hati di jalan raya. Jangan berebut-rebut nak balik macam dia sorang jer ada kampung.


Tuesday 5 February 2013

Maklumat Bantuan Buku 1Malaysia dan Pelaksanaan Bantuan Buku 1Malaysia


BANTUAN BAUCAR BUKU 1MALAYSIA DAN PELAKSANAAN BANTUAN BUKU 1MALAYSIA

Untuk maklumat lanjut berkenaan Surat Siaran - Pelaksanaan Bantuan Buku 1Malaysia Tahun 2013 bagi Pelajar Kementerian Pelajaran Malaysia dan Garis Panduan Bantuan Baucar Buku 1Malaysia 2013, sila klik:-

Surat Siaran - Pelaksanaan Bantuan Buku 1Malaysia

Garis Panduan - Bantuan Baucer Buku 1Malaysia

sumber: http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=3092