Sunday 30 September 2012

Resepi Puding Karamel Lapis Coklat

Assalamualaikum...

Ini satu lagi Resepi Puding Karamel Lapis Coklat .. Nampak seDop lak, tu yang nak cuba.. JanGan MiNtaK tau, SEBAB lum CuBa LAgI... HeHeHe..


Bahan-bahan ( Loyang bulat 6" x 3" )

Bahan A :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B :
1 tin susu cair
5 sudu besar gula
3 biji telur Gred A
4 sudu besar serbuk koko @1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat
Bahan C :
2 sudu besar gula - hanguskan dan campur 4 sudu besar air panas (atau boleh guna 2 sudu besar madu)

Cara-cara: 
  • Kacau Bahan A dan Bahan B dalam dua bekas berasingan. Tapiskan. 
  • Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang. 
  • Masukkan ¾ cawan adunan Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit atau hingga masak. 
  • Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan Bahan B atas adunan A. Ulang A dan B berselang-seli hingga habis. 
  • Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
  • Potong dan hidang. 

Resipi Puding Jagung

Assalamualaikum...

Petang nie ingat nak makan 'Puding Jagung' la pulak..

Gara-gara tengok gambar kat internet. Kononnya nak download, buat BBM untuk murid za yang x kenal nama-nama makanan..

Ggggrrrrrr ..lapaqnya.

Apapun ini resepinya ..2pun pas za search resepi . Tq sebab kongsi Resepi ini.

Maaf yer, sebab guna gambar puan HaSue....


Simple ajer..

Bahan2 tu masukkan sekali dalam periuk..tinggal kacau jer sampai pekat..biar benar2 pekat..baru tuang ke dalam acuan..





PUDING JAGUNG

BAHAN-BAHANNYA:-

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair


Cara-cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.

2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
* tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat. (ikut resepi empunya diri, tapi za xletak pun agaknya sbb 2 xkilat kot)

3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.



Aku Redha Akan Ketentuan Dan Ujian Mu Ya Allah

Assalamualaikum...

Sedar ke x kita dah menghampiri ke penghujung tahun 2012. Za rasa tahun 2012 nie lebih banyak pahit dari manisnya. banyak kali dah za cuba untuk cari kelebihan daripada musibah yang telah menimpa hidup za sepanjang tahun 2012..x jumpa pun. Tu lah bila kita sentiasa sujud di hadapan Nya barulah kita 'tersedar' seketika akan kelebihan tersebut..Memanglah kita 'tumpah' air mata selautan Laut Pasifik, nak buat macamner 'luar' ajer brutal tapi dalam hati ada 'taman' ma...Kenalah 'REDHA".

Melihat anak za Hafiz semakin besar dan banyak karenahnya, sihat dan sentiasa ber'ultraman', za lebih banyak bersyukur atas kelebihan dan anugerah yang telah ALLAH swt berikan. ALHAMDULILLAH. Mungkin Ujian yang Hadir dalam hidup kita adalah menguji Keimanan Hamba-hambaNya untuk jalan yang lebih diRahmati dan Berkati...Insyallah.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Friday 28 September 2012

Alhamdulillah...
Hari ini za dah berjaya up-date blog ini. Tq Ustzh Syidah yang telah banyak membantu..Insyaallah selepas ini za akan cuba untuk mengaktifkan lagi aktiviti di blog ini. Kita kan 'SANTAI' ajer..

Tuesday 25 September 2012



Salam...
Alhamdullillah. Akhirnya za berjaya membuka blog za yg lama dah terbiar. Maklumlah orang pelupa 'password'.