Friday 29 March 2013

Hilangnya Permata Kasih : Abah ku Hj Abdul Raji bin Hj Abdul Sani

Assalamualaikum wbrth..
Genap hari ke 10, abah tersayang meninggalkan kami adik beradik untuk bersama kekasih hatinya ALLAHswt. Allahuakbar , betapa besarnya kuasa Allah swt meminjamkan kasihnya kepada kami melalui abah. Syukran ya Allah. Kerana Mu , kami dapat bersama selama 40 tahun ini.
Abah, dirimu amat tegas dalam membentuk diri  kami bagi mengharungi perjalanan hidup atas pentas dunia dan akhirat. Maafkanlah along, kerana terlalu menyayangi dirimu..ampunkanlah dosa dan halalkanlah segala makan minum ku..kadang kala cara mu terlalu tegas menyebabkan kami memberontak mengikut kata hati sendiri. Maaf yer abah.
Alfatihah...

Wednesday 20 March 2013

SMK. SUNGAI BESAR :PEMILIHAN KADET BOMBA PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM

Assalamualaikum...
Hari ini pemilihan kadet bomba di Balai Bomba Sg Besar. Jam 800pagi sampai 500 petang. Tahun ini kadet Raze amat 'rendang'. Minta2 adalah yg sangkut untuk tahun ini. Selamat berjaya!.













Monday 18 March 2013

Keputusan STPM Sudah Keluar

Assalamualaikum...

Hari ini keputusan ujian STPM 2012 keluar. Raze ucapkan tahniah kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian STPM. Bagi yang mendapat keputusan kurang cemerlang, jangan lah berputus asa, cuba dan berusaha lah lagi.

Keputusan keseluruhan Malaysia: Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012.

Sumber: www.bharian.com.my

Thursday 14 March 2013

LADAP KE-3 : INTERACTIVE WHITEBOARD

Bertempat di Makmal Matematik SMK. SG Besar , jam 300 petang.
Penggunaan Innteractive Whiteboard amat penting dalam P&P  bagi pendidik masa kini. Seiring dengan kehendak semasa  PPPM, dan murid juga berkehendakkan sesuatu yang berbeza not talk and chalk only.
Antara gadjet yang diperlukan ialah semesti whiteboard elektronik, pen  IW, projektor , laptop dan software.