Friday 30 November 2012

Kamera Untuk dijual


Assalamualaikum...

SOLD ~ KAMERA INI TELAH DIBELI

Post kali ini nak tolong adik jual kameranya jenama Panasonic Lumix GF3. Blog adik saya ada menceritakan serba sedikit pasal kamera nih. Cuba klik Panasonic Lumix GF3.

Umur kamera nih dah setahun lebih dan sekarang pun dah keluar versi Panasonic Lumix GF5. Kalau tanya towkay kedai kamera, kenapa tak pernah nampak versi GF4? Diorang jawab "memang dah melangkau terus ke GF5". Tanya lagi, Kenapa macam tu? "Tak tahu...".

Kamera nih dah banyak berjasa pada keluarga adik. Banyak digunakan untuk ambil gambar anak sedara saya (Husna dan Faiz), Gambar sekeluarga di mana-mana percutian dan Gambar sekeluarga di Hari Perayaan. Tak caya, cuba tengok gambar-gambar di bawah. Cantikkan?

Reason to sell: adik saya dah beli kamera yang baru iaitu Samsung Smart Camera NX1000. Kenapa adik saya beli kamera nih? Cuba klik atau google jer nama Samsung Smart Camera NX1000.

Harga yang ditawarkan? Adik saya letak harga RM1,300. Maklumat lanjut cuba Klik post di blog adik saya ini: Kamera Untuk Dijual dan Cuba baca dulu My New Camera

Kamera ni adik saya jaga dengan baik dari semua aspek. Tidak digunakan selalu, cuma pakai pada event tertentu sahaja. Part yang asal semuanya lengkap dan original. Kami bagi satu Memory Card 8GB yang baru untuk percuma.

So, sesiapa yang berminat boleh hubungi adik saya di wacaaa@gmail.com. Untuk yang SERIUS membeli sahaja. Bayar dulu online, adik saya akan hantar pos ataupun datang ambil sendiri. Yang penting urusan jualan ini bersaksikan Allah S.W.T.

1st day try ambik gambar pun dah nampak cantik.


Tarikh gambar diambil 22/8/2012


No comments:

Post a Comment