Monday 31 December 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan guru di sekolah, anak-anak murid dan semua pembaca blog Raze.

Dengan ucapan: Semoga menjadi lebih berjaya dalam apa jua yang diusahakan pada masa hadapan. Pokok kejayaan adalah usaha yang lebih fokus dan melakukan tindakan yang sewajarnya.

Sunday 23 December 2012

Drama: ADAM dan HAWA


tonton drama adam dan hawa episod 32

Assalamualaikum...
'Tak usah diucap, tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu..' inilah kata-kata yang amat menusuk dalam jiwa Raze maklumlah ketika itu sedang dalam 'honey-moon' mood lagi. Novelis Aisya Sofea adalah favorite Raze. Ini merupakan novel ke-6 dalam simpanan Raze. Selama 4 tahun Raze simpan dalam almari buku supaya orang lain tak jumpa untuk meminjam. Masa tu tengah kedekut, maklumlah tengah buat koleksi.

Sekarang ini, tengah hangat dengan cerita drama Adam dan Hawa. Kalau dulu kena tegur dengan suami sebab kusyuk masyuk baca novel (selagi tak habis, sanggup baca sampai jam 6 pagi ), sekarang anak pula 'sindir' Raze , sikit sikit sikit...Cinta....ost Datuk Siti dengan Hafiz.

Nak tunggu satu episod demi episod juga menyebabkan 'perang remote, kat rumah.alahai susahnya. Jadi untuk kebahagian diri sendiri masukkan PVR- Astro Beyond, takpelah tambah RM sikit. Kalau miss satu episod aje, Raze pasti akan klik kat ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode/. Kini Raze bahagia dapat menonton my fav novel kat TV. Hasil garapan penulis dengan idea penerbit memang menjadi. Banyak watak sampingan turut ditonjolkan dengan baik hingga tidak mengganggu plot cerita yang telah sedia maklum oleh pembaca. Raze minat sangat dengan lakonan Nadiya Nisa dan Aaron Aziz amat 'chemistry'. Tahniah. Tak sabar nak menunggu episod ke-68. 




Saturday 22 December 2012

Lagu Apo Kono Eh Jang

Assalamualaikum...

First time Raze dengar lagu Apo Kono Eh Jang, terus teringat lagu yang lama nyanyian Ally Noor dan Mastura (penyanyi asal). Memang Raze membesar dengan lagu nih pada zaman 80-an. Tapi tak sangka pulak Kumpulan Stellar, Rafidah Ibrahim dan Datuk AC Mizal beri nafas baru kepada lagu ini dengan memasukkan unsur Tekno, Rap dan lain-lain sepertimana One Nation Emcee beri nafas baru kepada lagu Orang Kampung oleh Jimmy Paikat.

Yang paling bestnya, siapa lah yang boleh nyanyi lagu rap dalam loghat Negeri Sembilan. Rupanya Datuk AC Mizal yang nyanyi. Memang Raze tabik spring lah sama Datuk. Raze nak tanya, ada tak pembaca yang boleh rap dalam loghat nih? Kalau ade, memang hebattt...  :)



Lirik Lagu: Apo Kono Eh Jang - Ac Mizal Ft. Fida 

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo…
Siaplah jang oi…
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Ha… tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang… kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo…

Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai…
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi…

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai… Aih

Apo kono eh jang…

Friday 21 December 2012

Pengagihan Pendapatan Sebanyak 7.75 sen Seunit dan Bonus 1.15 sen Seunit Untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Assalamualaikum...


PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 di Menara PNB di sini hari ini. - Foto BERNAMA

Monday 17 December 2012

Bila Bonus Kedua dan Gaji Januari 2013 Nak Masuk?

Assalamualaikum...

Esok dah 18 haribulan Disember 2012, gaji bulan Disember dan bonus separuh bulan akan diterima. Oleh kerana tidak sabarnya ramai penjawat awam menunggu tarikh keramat tersebut, post dalam Blog Raze yang bertajuk Bila Gaji Disember Dan Bonus 2012 Nak Masuk? mendapat hit yang sangat tinggi. Hehehe

Namun, post kali ini adalah berkenaan Bonus Separuh Bulan Kedua dan Gaji Januari 2013 dimana tarikhnya adalah pada 23 Januari 2013 iaitu dalam jarak masa 1 bulan 5 hari daripada penerimaan gaji pada bulan Disember 2012.

Cuma Raze nak pesan kepada rakan-rakan penjawat awam supaya membelanjakan wang yang akan diterima nanti dengan berhati-hati. Kalau boleh, rancang dengan betul supaya tidak sengkek pada awal bulan. Pening kepala nanti sebab banyak belanja untuk banyak perkara. Untuk yang mempunyai anak-anak kecil,, sudah tentu perbelanjaannya tertumpu kepada perbelanjaan sekolah anak-anak. Baju sekolah, kasut sekolah, pakaian dalam, beg sekolah, yuran sekolah, belanja sekolah, dan sebagainya.

Selamat Merancang Perbelanjaan!

Klik pada gambar utk besarkan
Sumber: www.anm.gov.my

Sunday 16 December 2012

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

Assalamualaikum...

Tahniah adik-adik yang berjaya mendapat keputusan UPSR tahun 2012 yang lalu. Sekarang ni mesti nak tahu sama ada dah dapat ke belum kemasukan ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013. 

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh boleh dibuat secara online. Cuba klik Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013Nanti akan tertera paparan seperti berikut:-

Sumber: www.moe.gov.my

Saturday 15 December 2012

KEPUTUSAN PMR 2012

Assalamualaikum..

Bila tarikhnya?Telah pun diumumkan di Buletin Utama TV3, 19 Nov 2012 bersamaan hari Rabu tepat jam 10.00 pagi semua calon akan menerima keputusan peperiksaan mereka.

Oleh itu semua calon PMR 2012, bolehlah membuat semakan samaada secara online mahupun sms.Raze amat mengharap kejayaan dalam diri semua anak didik ku. Raze mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2012.

Tunjukkanlah hasil usaha kalian semua. Banggakanlah kedua orang tua kalian, sebagaimana bangganya cikgu dengan diri kalian semua. MISS U ALL.

Semakan Secara Online:-
1- Buka sistem Analisa Peperiksaan Sekolah
2. masukkan no ID ( kad pengenalan atau Surak Beranak)
3. Pilih  sekolah menengah
4. Klik butang Semak Laporan


Semak Online Keputusan Peperiksaan PMR 2012

Atau

semakan melalui SMS
1. Taipkan PMR(No. KP)(angka giliran ) 
2. Selepas itu, SEND ke 15888

Semak Online Keputusan Peperiksaan PMR 2012


Thursday 13 December 2012

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum...

Hari ni Raze nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang pasti membuatkan penggemar makanan laut terliur. Hehehe

Tak tahu kenapa hari ni rasanya nak sangat makan masakan nih. Teringat-ingat kot.

Masak lemak cili api ni memang senang sangat kalau dah selalu masak. Kalau bukan ketam, boleh jadi udang, boleh jadi kupang, boleh jadi siput sedut, boleh jadi macam-macam jenis masak lemak cili api. Caranya hampir sama ajer. Untuk dapatkan ketam, mudah jer kalau nak cari kat Pasar Sungai Besar. Fresh dan rasanya manis...

Resepi

Bahan-bahan dibahagikan kepada Bahan A dan Bahan B (yang dikisar)

Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
200 gram nanas (dipotong kecil)
Garam secukup rasa

Bahan B (yang dikisar)
15 biji cili api
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara memasak

  1. Masukkan bahan B (yang dikisar), nanas, ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
  3. Check atau rasa masakan. Sekiranya tawar, tambahkan sedikit garam lagi dan sekiranya sudah memadai, tutup api.
  4. Boleh dihidangkan dengan nasi putih.

Taraaaa... jadilah Ketam Masak Lemak Cili Api Sungai Besar Style

Ketam Masak Lemak Cili Api

Wednesday 12 December 2012

Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013

Assalamualaikum...

Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Ambilan Tahun 2013 boleh dilakukan mulai 11 Disember 2012.

Sila klik disini.


Sumber: www.moe.gov.my

Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) Ambilan Khas Disember 2012

Assalamualaikum...

Semakan Keputusan Program Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) Mod Kursus Dalam Cuti (KDC) Ambilan Khas Disember 2012 boleh dilakukan mulai 11 Disember 2012.

Sila klik disini.

sumber: www.moe.gov.my

Monday 10 December 2012

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas

Assalamualaikum...

Hari ini Raze nak share resepi masakan yang pasti membuatkan pembaca terliur. Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas Sungai Besar style.

Kalau ikut pengalaman, ada beberapa restoran yang Raze pernah pergi ada menyediakan masakan pedas yang sedap gila. Salah satunya, ada satu kedai makan kat Enstek (kalau pergi ke Enstek cari jalan keluar ke Nilai boleh jumpa kedai ni betul-betul kat tepi jalan). Yang sedap sangat sebenarnya kuah asam pedasnya pekat dan fuuuuhhh... Kalau dihidang, banyak kuah asam pedasnya tak macam kedai-kedai lain yang lokek.

Kalau nak buat sendiri pun boleh, cara-cara membuatnya seperti berikut:-

Mula-mula kena buat 2 kumpulan bahan, katakanlah Bahan A dan Bahan B

Bahan A

500 gram ikan pari (dipotong-potong dan di tuskan)
10 biji bendi
1 biji tomato (potong 4)
1/2 cawan air asamjawa
5 tangkai daun kesum
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (Untuk dikisar sekali)

20 tangkai cili kering
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara memasak Ikan Pari Masak Asam Pedas:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak dan berbau wangi.
  2. Masukkan air asam jawa dan air. Renehkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan ikan,garam, daun kesum dan bendi, kemudian biarkan sehingga mendidih lagi.
  4. Masukkan tomato pelahankan api, biarkan sehingga pecah minyak dan sayur lembut.
  5. Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.
Selamat mencuba!

Ikan Pari Masak Asam Pedas Sungai Besar Style


Saturday 8 December 2012

Gelagat Hafiz di Rumah Adik Raze

Assalamualaikum...

Macam ni lah gelagat Hafiz di rumah pakciknya di Kuala Selangor.








Samsung Galaxy Note Tiruan

Assalamualaikum...

Hari ni Raze terjumpa Samsung Galaxy Note tiruan ni. Harganya lebih kurang RM780. Memang sebijik macam telefon pintar Samsung. Siap dengan logonya lagi. Bila bukak, tengok ikonnya pun dah tahu ini macam bukan android yang biasa kita tengok. Katanya beli kat Jalan Pudu. Huhuhu... jangan tertipu.



Resipi Swedish Meatball

Assalamualaikum...

Hari ini Raze berjalan-jalan ke rumah adik tersayang, ingatkan ada adik iparku rupanya dah balik kampung kat Kelantan. Tinggallah adik Raze 'membujang' kat umah tu. Yang bestnya... dia tgh masak Swedish Meatball homemade tu. Hahaha tak sangka pandai jugak adikku memasak. Dia kata dia terkenangkan Swedish Meatball kat IKEA, sebab itulah ayak liurnya meleleh macam orang idam nak dapat anak lagi. Apa-apa pun memang sedap pon dia made-over, bak kata Nabil Raja Lawak, mELETop..... So apalagi bawa balik seTupperware, siap ngan resepinya sekali. 


Resepi Swedish Meatball Buat Sendiri

Bahan-bahan:

1. 2 sudu mentega
2. 1 1/2 sudu tepung gandum
3. sebiji bawang besar hijau dipotong dadu dan digoreng sehingga layu tetapi jgn sampai hangit
4. sebiji tomato yang gemok yang dipotong dadu
5. 1 1/2 cawan air sejuk, bukan air sirap
6. 100ml susu segar/susu cair
7. 3 sudu sos tomato
8. 3 sudu sos tiram
9. 2 sudu kicap manis
10. 2 sudu lada hitam
11. 1 kiub ayam
12. 1 sudu gula
13. 1 sudu tepung jagung dibancuh dengan suku cawan air
14. cendawan tiram/cendawan butang

Cara Membuatnya

1. Cairkan mentega lepas tu masukkan tepung gandum, goreng sampai bertukar menjadi warna keperangan.

2. Masukkan bawang yang dah digoreng awal tadi, tomato dan jugak cendawan

3. Bila semua bahan yang di goreng agak layu/keperangan, masukkan semua bahan yang bernombor 5 hingga 12 dan masak sampai mendidih

4.  Akhir sekali, untuk pekatkan kuah, masukkan bancuhan tepung jagung.

Boleh hidangkan bersama:-

1. Goreng meatball segera.
2. Goreng kentang goreng.
3. Susun meatball dalam pinggan, lepas tu curah kuah
4. Sedap dimakan bersama blueberry/strawberry jem, sos cili dan yellow mustard

Thursday 6 December 2012

Penangguhan Urus Niaga ASB dan ASN 2012

Assalamualaikum...

Kepada pelabur-pelabur ASB, bolehlah semak tempoh penangguhan urus niaga ASB dan ASN ini di laman web www.asnb.com.my. Penting untuk tahu sebab nanti tak boleh keluarkan atau masukkan duit dalam akaun pada tempoh tersebut.

Sumber: http://www.asnb.com.my

Cara Solat Jenazah (Panduan Ringkas)

Assalamualaikum...

Hari ni Raze nak share cara Solat Jenazah untuk panduan semua umat Islam yang hadir menziarah orang yang telah meninggal dunia.


Sumber: Youtube - Cara Solat Jenazah Paling Ringkas (1 minit)

Panduan Ringkas Solat Jenazah :


Takbir pertama, "Allahuakbar"
Niat dalam hati : Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini 4 takbir fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
Kemudian, Baca Alfatihah

Takbir Kedua, "Allahuakbar"
Baca selawat Nabi : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad

Takbir Ketiga, "Allahuakabar"
Baca doa:
Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

Takbir Ke Empat, "Allahuakbar"
Beri Salam kanan dan kiri, "Assalamualaikum warahmatullah"

Selesai

Bestnya Sambung Belajar Sarjana/Master

Assalamualaikum...

Untuk makluman, Raze ada sorang adik lelaki, kerja PTD gred M48 sejak tahun 2007 (masa tu umurnya baru 29 tahun). Sebelum orang tanya, dia dah kahwin, 2 orang anak. Tak boleh nak kenen kan lagi.... dia dah berpunya. hehehe

Adik Raze nih dapat peluang sambung belajar untuk pengajian Sarjana/Master. Hari ni adik Raze dah mula program orientasi untuk Kursus Diploma/Sarjana Sains Pengurusan di INTAN. Tahniah ler dik... Akak tumpang gembira.

Tiba-tiba Raze pun rasa teringin jugak nak sambung belajar Sarjana. Peluang untuk sambung belajar untuk guru nih cuma melalui Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ataupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB). Kalau dapat HLP ok lah tapi untuk opsyen kedua iaitu tanpa biasiswa rasanya susah sikit sebab Raze sekarang ni takder modal.

Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) ataupun Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) untuk 2013 dah tutup dah pada Jun 2012 yang lepas. So, kali ni Raze ingat nak target HLP untuk tahun 2014 lah pulak. Mungkin tawarannya akan dibuka pada bulan Jun 2013. Siapa yang beminat, kita sama-sama tunggu.

Nak tahu kenapa Raze rasa ada peluang untuk sambung belajar? Sebab had umur untuk pemohon HLP bagi Sarjana adalah 45 tahun dan pemohon CBBP TB adalah 46 tahun. Umur Raze masih layak lagi sebab muda remaja lagi... hehehe

Cuba check kat sini. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN HLP DAN CBBP TB untuk maklumat lanjut.

Wednesday 5 December 2012

Mandi Wajib

MANDI WAJIB : NIAT DAN CARA MANDI WAJIB/JUNUB MENURUT ISLAM

Assalamualaikum,

Hari ini tengah-tengah mama blogging, ternampaklah satu video Ust Azhar Idrus tentang mandi wajib/hadas. Memanglah kalau kita tengok judul/titlenya ajer, terlintas kat kepala kita, ala takkan tak tau nak mandi wajib kot. Biasalah kan.. Tapi bagi mama setelah mendengar dan buat pembacaan tentangnya, barulah mama tercelik bahawa ada sebahagian perkara tidak kita kesahkan. So, mama tertarik untuk menempek kat blog mama hari ini untuk kita sama-sama mengkongsi ilmu.

Mandi Wajib : Niat & Cara Mandi Wajib/Junub yang sah dalam Islam

Cara mandi wajib yang sah masih sering menjadi persoalan di kalangan umat Islam antaranya, remaja yang baru baligh, perempuan yang datang haid, lelaki yang keluar air mani, wanita yang keluar darah nifas, suami isteri yang bersetubuh (jimak) dan sebagainya.

Sebab anda perlu Mandi Wajib

· Bertemu dia khitan atau bersetubuh (masuknya zakar sehingga terbenam kepalanya ke dalam faraj).

· Keluar mani walaupun sedikit.

· Mati melainkan mati syahid.

· Keluar haid bagi perempuan.

· Keluar nifas (darah yang keluar mengiringi bayi ketika perempuan bersalin).

· Wiladah atau melahirkan anak.

Rukun Mandi Wajib

(cukup 3 rukun ini, mandi wajib anda Sah)

· Niat

· Menghilangkan najis di badan sama ada yang jelas (‘ayni) atau tidak jelas (hukmi)

· Menyampaikan air ke seluruh anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

Jenis Niat Mandi Wajib

1. Keluar mani atau keluar haid dan nifas

“Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”.

“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Taala”.

2. Mandi disebabkan bersetubuh antara suami dan isteri

“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Taala”.

3. Mandi disebabkan keluarnya darah nifas

“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Taala”.

Niat dalam Bahasa Arab

Niat mandi wajib hadas. Klik untuk besarkan



Sunat Ketika Mandi Wajib

· mengadap kiblat

· membaca bismillah

· membasuh dua tapak tangan

· mengambil wuduk terlebih dahulu sebelum mandi

· menggosok seluruh anggota badan dengan tangan

· berturut-turut (muwalat) tanpa putus-putus

· tertib dengan mendahulukan perkara yang perlu didahulukan

· membasuh sebanyak tiga kali

Cara-cara Mandi Wajib

  1. Bersihkan tubuh dan hilangkan kotoran dan perkara-perkara yang boleh menghalangkan air sampai ke anggota badan semasa mandi hadas selepas ini.
  2. Setelah selesai mandi biasa, di sunatkan mengambil wuduk dahulu sehingga membasuh telinga sahaja dan tidak perlu membasuh kaki lagi. basuhan kaki akan dilakukan akhir mandi nanti. Perkara ini tidak dilakukan pun tidak mengapa kerana ia merupakan perkara sunat sahaja.
  3. Duduk bertinggung bagi yang berkemampuan. Ini bertujuan untuk membuka semua anggota yang zahir dan mudah untuk mengalirkan air ke kawasan-kawasan sulit tersebut seperti qubul atau dubur. Kalau berdiri pun tidak menjadi masalah, yang paling penting ialah air dapat sampai kepada semua bahagian anggota badan.
  4. Niat dahulu sebelum mandi (Lihat dalam bahagian Fardhu Mandi di atas). Bagi sesiapa yang tidak pandai dalam bahasa arab boleh dalam bahasa melayu.
  5. Sunat memulakan mandian disebelah kanan dahulu dan seterusnya disebelah kiri.
  6. Mulakan mandi wajib dengan mengalirkan air mutlak di salah satu anggota badan dan disertakan dengan niat mandi hadas sepertimana dinyatakan di bahagian fardhu mandi.
  7. Gosok atau sapu di semua anggota badan yang zahir iaitu dirambut, kepala, telingga, hidung, mata, mulut, tengkok, ketiak, tangan, jari, kuku, badan, pusat, qubul, dubur, kaki, pelipat-pelipat kaki dan tangan, kuku kaki, jari kaki dan sebagainya. Ini bertujuan untuk menyampaikan air di seluruh anggota badan.
  8. Akhir sekali basuh kaki sebagai penyudahnya, kerana semasa mengambil wuduk tadi kita tidak membasuh kaki.
p/s : Ini adalah sebahagian daripada pembacaan mama. Sama-sama kita kongsi ilmu dunia dan akhirat.

Tuesday 4 December 2012

Doa Untuk Anak Yang Nakal

Doa : Untuk Anak yang Tersayang

Hish, hish, hish... pagi-pagi lagi dah di 'gomolnya' si Kitty. Wahai anak mama si Muhamad Hafiz Fahmi, si Ultraman mama yang handsome , mama dah 'speechless' untuk sepanjang minggu nie. Cuma doa mama untuk Kitty agar panjang umur... Untuk anak mama yang bawah nie.

Caranya:

Ketika anak sedang tidur, tiupkan di ubun-ubunnya. Kemudian, berniat (wish) apa yang kita mahu dan seterusnya baca ayat berikut:-

  1. Baca Surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali
  2. Baca Ayatul Kursi sebanyak 1 kali
  3. Selawat Syifa' sebanyak 7 kali
  4. Baca ayat Surah Ali Imran (ayat ke-200) sebanyak 7 kali 

Semoga berjaya... tapi yang penting adalah Ibu/bapa/mak/ayah/mummy/daddy kena bersabar dengan karenah anak-anak. Zuriat kita adalah kurniaan Allah S.W.T. yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya.


Monday 3 December 2012

KALENDAR DAN CUTI UMUM 2013

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan sejahtera. Dah masuk bulan Disember, maknanya sekolah dah nak 'buka'. Alamatlah mama sibuk cari takwim cuti sekolah bagi tahun 2013 yang pernah mama masukkan dalam blog aritu.

Yang penting entri untuk kalendar dan cuti 2013 untuk buat template RPT 2013. Insyaallah, minggu depan bolehlah mama masukkan entri untuk template Rpt 2013. So kat bawah ini ada kalendar dan tarikh cuti umum 2013 Malaysia. Bolehlah sesiapa yang nak copy dan print untuk ditampal dalam BPM .


KALENDAR CUTI UMUM PERSEKUTUAN DAN NEGERI (MALAYSIA) 2013
Date
Holiday
Applicable to
1 Jan (Tue)
New Year
All except Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
14 Jan (Mon)
Yang di-Pertuan Besar
Negeri Sembilan’s Birthday
Negeri Sembilan only
20 Jan (Sun)
Sultan of Kedah’s Birthday
Kedah only
24 Jan (Thu)
Prophet Muhammad’s Birthday
(Maulidur Rasul)
National
27 Jan (Sun)
Thaipusam
Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor only
1 Feb (Fri)
Federal Territory Day
Federal Territory of Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya only
10 Feb (Sun)
Chinese New Year
National
11 Feb (Mon)
Chinese New Year (2nd Day)
National except Kelantan and Terengganu
4 Mar (Mon)
Anniversary of Installation
of Sultan of Terengganu
Terengganu only
29 Mar (Fri)
Good Friday
Sabah & Sarawak only
15 Apr (Mon)
Declaration of Malacca as
a Historical City
Malacca only
19 Apr (Fri)
Sultan of Perak’s Birthday
Perak only
1 May (Wed)
Labour Day
National
7 May (Tue)
Hari Hol Pahang
Pahang only
17 May (Fri)
Raja Perlis’ Birthday
Perlis only
24 May (Fri)
Vesak Day
National
30 May (Thu)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
31 May (Fri)
Harvest Festival
Sabah & Labuan only
1 Jun (Sat)
Agong’s Birthday
National
1 Jun (Sat)
Hari Gawai
Sarawak only
2 Jun (Sun)
Hari Gawai
Sarawak only
6 Jun (Thu)
Israk & Mikraj
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis only
7 Jul (Sun)
Georgetown World Heritage City Day
Penang only
10 Jul (Wed)
Awal Ramadan *
Johor, Kedah & Malacca only
13 Jul (Sat)
Penang Governor’s Birthday
Penang only
20 Jul (Sat)
Sultan of Terengganu’s Birthday
Terengganu only
26 Jul (Fri)
Nuzul Al-Quran
Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Terengganu only
8 Aug (Thu)
Hari Raya Puasa *
National
9 Aug (Fri)
Hari Raya Puasa *
National
31 Aug (Sat)
National Day
National
8 Sep (Sun)
Sarawak Governor’s Birthday
Sarawak only
16 Sep (Mon)
Malaysia Day
National
5 Oct (Sat)
Sabah Governor’s Birthday
Sabah only
12 Oct (Sat)
Malacca Governor’s Birthday
Malacca only
15 Oct (Tue)
Hari Raya Haji *
National
16 Oct (Wed)
Hari Raya Haji (2nd Day) *
Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu Only
24 Oct (Thu)
Sultan of Pahang’s Birthday
Pahang only
3 Nov (Sun)
Deepavali
National except Sarawak & Labuan
5 Nov (Tue)
Awal Muharram (Maal Hijrah)
National
11 Nov (Mon)
Sultan of Kelantan’s Birthday
Kelantan only
12 Nov (Tue)
Sultan of Kelantan’s Birthday
Kelantan only
22 Nov (Fri)
Sultan of Johor’s Birthday
Johor only
10 Dec (Tue)
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Johor only
11 Dec (Wed)
Sultan of Selangor’s Birthday
Selangor only
25 Dec (Wed)
Christmas
National
* Perkara Yang Bertanda Mungkin Berubah Mengikut Semasa