Assalamualaikum...
Hari ni bertarikh 21 November 2012. Rasanya ramai penjawat awam
dah terasa sengkek dan susah hati sebab duit dalam poket dah tinggal habuk.
Hehehe
Nak buat macam mana? Gaji bulan November masuk pada 6 November
2012 dan jarak tarikh gaji masuk seterusnya adalah sehingga 18 Disember 2012
iaitu 1 bulan 12 hari. Cuba semak Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2012 di sini.
Tambah memeritkan adalah Hari-hari Perayaan yang berdekatan iaitu
Hari Raya Haji, Hari Deepavali dan Awal Muharam. Hari Raya Haji pastinya ramai
yang balik kampung dari hari Khamis (25.10.2012) hinggalah Ahad (28.10.2012).
Duit untuk perjalanan balik
kampung seperti minyak, makanan, etc semuanya dibawa ke hadapan.
Cuti Sekolah pula bermula pada 9 November 2012, takkanlah tak
bawak anak-anak berjalan-jalan? Duit lagi...
Untuk kakitangan awam, semestinya tidak lepaskan peluang bercuti
panjang bila Cuti Hari Deepavali jatuh pada 13 November 2012 (Selasa) dan Cuti
Awal Muharam jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). So, kalau ambil cuti rehat
pada hari Rabu dan Jumaat, dapat lah cuti berturut-turut balik selama 6 hari ke
kampung. Kalau ambil cuti rehat hari Isnin, dapat cuti berturut-turut 9 hari
beb. Balik kampung, duit lagi. Hmmmm...
So, hari ini kalau tak beringat dari awal lagi dah tentulah ada
penjawat awam yang terasa duit takder (sengkek). Nak buat macam mana? Ikat
perut jer lah dulu. Tunggu hampir sebulan lagi beb.
No comments:
Post a Comment