Friday 30 November 2012

Resipi Ikan Patin Masak Tempoyak

Assalamualaikum...

Hari ini sajer nak share resipi Ikan Patin Masak Tempoyak. Tiba-tiba rasa teringin sangat nak makan, so kita cari ler resipinya. Alhamdulillah, google jer ada berlambak kat internet tu.

Resipinya macam ni, first sekali kena cari ikan patin nih. Bukannya mudah nak cari, kalau jumpa pun belum tentu berkenan dengan harganya yang sedikit mahal. En. Suami cuba dapatkan daripada kaki pancing kat Sabak Bernam. Katanya, kalau dapat ikan patin yang dipancing tidak ler berbau macam ikan yang dibela.

Dapat jer ikan patin, badan ikan dipotong kecil dan dibersihkan. Pastu dididih.

Masukkan beberapa bahan iaitu 2 helai daun kunyit (dikoyak-koyakkan), tempoyak sebanyak 5 sudu makan dan garam secukup rasa (lebih kurang secubit atau secubit setengah).

Pada masa yang sama, beberapa bahan yang perlu dikisar bersama iaitu 5 biji cili merah, 10 biji cili api dan 1 inci kunyit. Pastu masukkan sekali bersama ikan patin yang dididih tadi.

Dalam beberapa minit, siaaapppp... pasti sedap. Tapi kena buat betul-betul, kalau tidak tak menjadi masak tempoyaknya. Petuanya, pastikan ikan patin yang dimasak tu adalah yang terpilih, kalau tidak baunya lain macam. 

Selamat memasak...   :)

Ikan Patin Masak Tempoyak

Kamera Untuk dijual


Assalamualaikum...

SOLD ~ KAMERA INI TELAH DIBELI

Post kali ini nak tolong adik jual kameranya jenama Panasonic Lumix GF3. Blog adik saya ada menceritakan serba sedikit pasal kamera nih. Cuba klik Panasonic Lumix GF3.

Umur kamera nih dah setahun lebih dan sekarang pun dah keluar versi Panasonic Lumix GF5. Kalau tanya towkay kedai kamera, kenapa tak pernah nampak versi GF4? Diorang jawab "memang dah melangkau terus ke GF5". Tanya lagi, Kenapa macam tu? "Tak tahu...".

Kamera nih dah banyak berjasa pada keluarga adik. Banyak digunakan untuk ambil gambar anak sedara saya (Husna dan Faiz), Gambar sekeluarga di mana-mana percutian dan Gambar sekeluarga di Hari Perayaan. Tak caya, cuba tengok gambar-gambar di bawah. Cantikkan?

Reason to sell: adik saya dah beli kamera yang baru iaitu Samsung Smart Camera NX1000. Kenapa adik saya beli kamera nih? Cuba klik atau google jer nama Samsung Smart Camera NX1000.

Harga yang ditawarkan? Adik saya letak harga RM1,300. Maklumat lanjut cuba Klik post di blog adik saya ini: Kamera Untuk Dijual dan Cuba baca dulu My New Camera

Kamera ni adik saya jaga dengan baik dari semua aspek. Tidak digunakan selalu, cuma pakai pada event tertentu sahaja. Part yang asal semuanya lengkap dan original. Kami bagi satu Memory Card 8GB yang baru untuk percuma.

So, sesiapa yang berminat boleh hubungi adik saya di wacaaa@gmail.com. Untuk yang SERIUS membeli sahaja. Bayar dulu online, adik saya akan hantar pos ataupun datang ambil sendiri. Yang penting urusan jualan ini bersaksikan Allah S.W.T.

1st day try ambik gambar pun dah nampak cantik.


Tarikh gambar diambil 22/8/2012


Sunday 25 November 2012

Hari Kelepasan Am Persekutuan/Cuti Umum 2013

Assalamualaikum...

Jadual Kelepasan Am Persekutuan Tahun 2013 untuk W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan, W.P. Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

klik untuk besarkan

klik untuk besarkan

klik untuk besarkan
sumber: http://www.kabinet.gov.my/images/stories/kelepasanam/2013_merged.pdf

Saturday 24 November 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0

Assalamualaikum...


Cara-cara memohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2.0 adalah seperti berikut:-
sumber : http://www.treasury.gov.my/index.php option=com_content&view=article&id=2052&Itemid=160&lang=my

Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional

Permohonan Ke Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional Tahun 2013

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat melalui 2 cara:

i. Atas talian (online) dengan melayari laman web : www.moe.gov.my atau;

ii. Datang sendiri ke KV atau SMT (walk-in)


KEMUDAHAN ASRAMA

Kemudahan asrama disediakan di semua SMT/KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad, walau bagaimanapun tempat adalah TERHAD.

KEPUTUSAN PERMOHONAN

Keputusan permohonan akan diumumkan secara online.

SYARAT MEMOHON

1. Pemohon mestilah telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun sebelumnya.

2. Kesihatan

i. Sihat tubuh badan

ii. Bebas daripada masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh menghadkan murid daripada melaksanakan kerja khusus dan amali.

3. Pemohon bidang kejuruteraan (elektrikal, mekanikal dan awam) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

SENARAI KOLEJ / SEKOLAH

Maklumat lanjut klik sini

Tarikh tutup permohonan : 30 Disember 2012

Sumber: http://www.bptv.edu.my/v3/index.php/info-kemasukan

Takwim Persekolahan 2013

Assalamualaikum...

Berikut adalah Takwim Pesekolahan 2013 untuk rujukan sesiapa sahaj ayang berkaitan dengan sekolah (Guru,murid sekolah, suami/isteri kepada guru, ibu/bapa kepada murid, dsb)

PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN A :
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu Tahun 2013




PERINCIAN PERSEKOLAHAN MENGIKUT PENGGAL
KUMPULAN B :
Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya Tahun 2013

Wednesday 21 November 2012

Semakan Keputusan UPSR 2012

Assalamualaikum...

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh disemak melalui mySMS 15888 bermula jam 10 pagi, 19 November 2012 sehingga jam 11.59 malam, 25 Disember 2012.

Taip: UPSR [ANGKA GILIRAN] SMS ke 15888


Klik untuk besarkan

Bila Gaji Disember dan Bonus 2012 nak masuk?


Assalamualaikum...

Hari ni bertarikh 21 November 2012. Rasanya ramai penjawat awam dah terasa sengkek dan susah hati sebab duit dalam poket dah tinggal habuk. Hehehe

Nak buat macam mana? Gaji bulan November masuk pada 6 November 2012 dan jarak tarikh gaji masuk seterusnya adalah sehingga 18 Disember 2012 iaitu 1 bulan 12 hari. Cuba semak Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2012 di sini.

Tambah memeritkan adalah Hari-hari Perayaan yang berdekatan iaitu Hari Raya Haji, Hari Deepavali dan Awal Muharam. Hari Raya Haji pastinya ramai yang balik kampung dari hari Khamis (25.10.2012) hinggalah Ahad (28.10.2012). Duit untuk perjalanan balik kampung seperti minyak, makanan, etc semuanya dibawa ke hadapan.

Cuti Sekolah pula bermula pada 9 November 2012, takkanlah tak bawak anak-anak berjalan-jalan? Duit lagi... 

Untuk kakitangan awam, semestinya tidak lepaskan peluang bercuti panjang bila Cuti Hari Deepavali jatuh pada 13 November 2012 (Selasa) dan Cuti Awal Muharam jatuh pada 15 November 2012 (Khamis). So, kalau ambil cuti rehat pada hari Rabu dan Jumaat, dapat lah cuti berturut-turut balik selama 6 hari ke kampung. Kalau ambil cuti rehat hari Isnin, dapat cuti berturut-turut 9 hari beb. Balik kampung, duit lagi. Hmmmm... 

So, hari ini kalau tak beringat dari awal lagi dah tentulah ada penjawat awam yang terasa duit takder (sengkek). Nak buat macam mana? Ikat perut jer lah dulu. Tunggu hampir sebulan lagi beb.

Hari Kelepasan Am Persekutuan/Cuti Umum 2013

Assalamualaikum...

Klik Hari Kelepasan Am Persekutuan/Cuti Umum 2013 untuk melihat Jadual Kelepasan Am Persekutuan Tahun 2013 untuk W.P. Kuala Lumpur, W.P. Labuan, W.P. Putrajaya, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Pembaca sekalian boleh juga menyemak Takwim Penggal Persekolahan 2013 dengan klik di sini. Jadi bolehlah merancang percutian keluarga pada tahun 2013 nanti. Klik di sini untuk melihat promosi Syarikat kapal terbang Air Asia kalau ada seat free untuk ke Eropah ker, Negara ASEAN ker.

Selamat merancang percutian anda....

Tuesday 20 November 2012

Good News... Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)

Assalamualaikum...


Good News: Tadi baru dapat tahu bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik ke dalam SPPBS bagi murid Tingkatan 1 telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.

Alhamdulillah... Kesian tengok cikgu-cikgu yang bertungkus lumus nak memasukkan data tapi asyik hang,jammed, keluar ke page login, service unavalaible. Nak kata line internet tak bagus pun tak ada lah, sebab ada cikgu yang pakai line UNIFI pun tak dapat masukkan data. Nak kata cikgu buat kerja last minute pun bukan. So,tinggal apa lagi yang tak betul yer? Tepuk dada tanyalah empunya dada!




Klik untuk lihat pengumuman

Hafiz Fahmi dan Ultraman tidak dapat dipisahkan

Assalamualaikum...

Inilah peminat no. 1 Ultraman. Cakaplah Ultraman mana yang anakku tak tahu. Semuanya ada kat rumah, koleksinya bermacam-macam. Ultraman Tiga , Mebius, Cosmos, Gaia, Zero, Saga,Taro, etc.



Ultraman Cosmos

Ultraman Agul

Ultraman Tiga


Ultraman Mebius


Monday 19 November 2012

Blog Design Yang Baru Dan Re-branding

Assalamualaikum....

Pada malam ini, blog SANTAI HAFIZ diubah kepada lay-out yang baru dan di re-brand semula kepada BLOG CIKGU RAZE. Ini adalah kerana kebanyakkan pengisian blog ini lebih terarah kepada koleksi-koleksi masakan dan nota-nota matapelajaran Ekonomi Rumah Tangga (ERT).

Walaubagaimanapun, cerita-cerita berkenaan HAFIZ FAHMI, anak lelaki tunggal yang Mak sayangi tetap menjadi cerita paling menarik. Wahahaha...

Terima kasih kepada adikku EJAL, pemilik blog HUSNA ARISSA DAN IMRAN FAIZ kerana mengubah design blog ini dengan memasukkan link2 dan blog2 yang memudahkan semua orang mendapatkan laman web yang biasa dilawati.


Resipi Puding Jagung

Assalamualaikum...

Inilah Resipi Puding Jagung

Klik pada video youtube di atas

Wednesday 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434M

Assalamualaikum...

Lamanya xsinggah kat Santai Hafiz ini.. banyak betul za x up-dates bahan -bahan yang za nak masukkan . Insyaallah selepas ini barulah bleh kot.. Hahaha ..maklumlah nak 'kejar' murid bukan murid 'kejar' guru. Debaran 29/11/2012.. ERT!ERT!ERT!... selagi belum exam.. jantung bagai nak putus.. hehehe.. perumpamaan yg x seimbang..

Ape2 pun di doakan murid2 kesayangan ke lulus dengan cemerlang. Insyaallah.

Oooh ..yer jgn lupa baca doa akhir dan awal tahun ini..

DOA AKHIR TAHUN

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Wa sallallaahu ‘ala sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma maa ‘amiltu fi haazihis-sanati mimmaa nahaitani ‘anhu fa lam atub minhu wa lam tardahuu
wa lam tansahuu wa halimta ‘alayya ba’da qudratika ‘alaa uquubati wa da’autani ilattaubati minhu
ba’da jur’ati alaa ma’siyatika fa inni astagfiruka fagfirlii wa maa ‘amiltu fiihaa mimma tardaahu wa
wa’attani ‘alaihis-sawaaba fas’alukallahumma yaa kariimu yaa zal-jalaali wal ikraam,an tataqabbalahuu

minni wa laa taqta’ rajaa’i minkaa yaa kariim, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihii wa sahbihii wa sallam

Artinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah,segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu,sedang kami belum bertaubat,padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya,dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat.Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.

Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai

dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan,semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad,keluarga dan sahabatnya.

Amin yaa rabbal ‘alamin.

nb : Doa akhir tahun dibaca waktu Ashar, sesudah sholat Ashar.

DOA AWAL TAHUN

Bismillaahir-rahmaanir-rahiim

Wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa sahbihii wa sallam.
Allaahumma antal-abadiyyul-qadiimul-awwal, wa ‘alaa fadlikal-’azimi wa juudila-mu’awwali,wa hazaa ‘aamun jadidun qad aqbala nas’alukal ‘ismata fiihi minasy-syaitaani wa auliyaa’ihi wa junuudihi wal’auna ‘alaa haazihin-nafsil-ammaarati bis-suu’i wal-isytigaala bimaa yuqarribuni ilaika zulfa yaa zal-jalaali wal-ikraamin yaa arhamar-raahimiin, wa sallallaahu ‘alaa sayyidinaa wa maulaanaa Muhammadiw wa ‘alaa ‘aalihi wa ashaabihii wa sallam

Amin yaa rabbal ‘alamin

Artinya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.

Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya.

Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan
kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarganya dan sahabatnya.

Amin yaa rabbal ‘alamin

NB : Doa ini dibaca setelah sholat maghrib