Tuesday 8 January 2013

Hendak Berjaya? Kejarlah...

Assalamualaikum...

Hari ini Raze nak share kata-kata semangat untuk pembaca di luar sana. Kita kena terima hakikat bahawa terdapat orang yang bermacam-macam perangai. Ada yang bersikap positif dan ada yang bersikap negatif. Dalam keadaan keterpaksaan, kita perlu menghadapi mereka semua. Orang yang positif biasanya akan selalu berkata perkara-perkara yang positif, namun orang yang negatif adalah sebaliknya. Rapatilah orang yang positif, kerana kita akan mendapat tempias kebaikannya. 

Orang yang negatif sering mengeluarkan kata-kata yang negatif kepada orang lain atas sebab-sebab yang tertentu. Kadang-kadang kita tak dapat menghalang orang sebegini berbuat sedemikian. Kata-kata negatif pun masuk ke telinga kita. Pada masa itu, janganlah kita terpengaruh, berkecil hati, putus asa. Orang yang negatif biasanya memang suka melihat diri orang lain mengalami kegagalan. Kenalah perkuatkan diri kita untuk berjaya. Sesungguhnya bertawakkal kepada Allah, ketabahan hati, kecekalan, berfikiran positif, fokus dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu pekerjaan akan membuahkan hasilnya. Jangan berhenti mengejar kejayaan.


Jadi, Raze ingin mengajak pembaca sekelian untuk menghayati kata-kata motivasi di bawah yang dipetik daripada filem The Pursuit of Happiness, lakonan Will Smith dan anaknya (cute betul).

"Don't ever let somebody tell you, you can't do something.
Not even me.
You got a dream?
You got to protect it.
People can't do something themselves they want to tell you
you can't do it.
You want something?
Go get it.
Period."

Moral of the story: Jangan terpengaruh dengan kata-kata orang lain. Untuk berjaya, percayalah kita akan berjaya.