Friday 15 November 2013

Budak2 Motosikal Besar

Assalamualaikum...

Kalau tengok gambar2 nih mesti rasa tercabar tengok budak2 yang belum bersunat nih pakai motor besar (elektrik). Yang tengah-tengah tu Hafiz dan sebelah kiri dan kanannya adalah sepupu Hafiz. Yang kiri, Haikal dan yang belah kanan, Eqi.



Sunday 10 November 2013

Cara Membuat Kek Harijadi Barbie

Assalamualaikum...

Anak saudara saya Husna Arissa baru sahaja meraikan harijadi dengan kek BarbieSo, Raze nak share kan beberapa video dalam youtube tentang cara-cara membuat kek BarbieMungkin boleh buat satu projek ERT nanti.







Video Muhammad SAW : Animasi

Assalamualaikum

Raze nak share video Muhammad The Last Prophet

Friday 8 November 2013

POTLUCK MINGGU TERAKHIR PENGGAL 2013

Alhamdulillah, hari ini hari jumaat  4 muharram 1435 hijrah..bilik KP membuat sedikit makan2 sempena sambutan harijadi Cikgu Dr Jamali, majlis kesyukuran dan bertambah tambah kesyukuran kerana rakan Raze 'bunting'anak Mekah ...alhamdulillah. Ada la Raze gang  lagi.....tahniah ♥.
Macam2 makanan  yang ada , sampai dah terlajak 'gula' ..abizzzzz la Raze....apa2 pun thanks geng-geng KP dan GC ...yummmmy....

Monday 4 November 2013

Tahun Baru Islam: 1434 Masihi

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, sampai kita di ujung tahun 1433 M sekarang ini. Kehadirannya membuka satu lagi muka surat yang baru buat Raze sekeluarga. Insyaallah dengan kehadiran lagi seorang ahli baru dalam keluarga Raze. Tahun ini juga banyak mengajar Raze erti rindu dan kasih pada seseorang yang meninggalkan  Raze untuk selama-lamanya..Abah.. semoga rohmu bersama dengan orang-orang yang beriman..riiiiiinnnndunnya dengan abah. Semoga orang yang telah memisahkan kasih sayang kita diampuni akan dosa-dosanya.

Jomlah, kita sama-sama berdoa untuk pembukaan tahun baru 1434M dan penutup tahun 1433M semoga kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripadaNya ALLAHswt. INSYAALLAH..


Friday 1 November 2013

Majlis Penutup Pasca PMR 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya berakhir satu lagi acara terbesar yang sedang berlangsung SMKSB selain daripada Majlis Konvo Pra U di Dewan Bestari SMKSB. Tahniah buat murid murid tingkatan yang sentiasa hadir ke sekolah bersama dalam menjayakan semua aktiviti yang telah dirancang dan diselaraskan yang mana telah diketuai oleh Cikgu Rokhmah, Cikgu Intan, Cikgu Anis Raihan ( sekadar menyebut) dan semua guru2 tingkatan 3. Tahun ini ada banyak perubahan, banyak aktiviti outdoor berbanding tahun sebelumnya. Penyertaan murid daripada kelas sederhana amat meransangkan..tahniah.   Terima kasih juga kepada guru2 praktikal UPSI yang bersama membantu melaksanakan aktiviti Pasca PMR 2013.

Raze mohon maaf la tahun iini xleh nak aktif sangat..maklumlah 'mak buyung' yang banyak appointment kat luar ♥..hehehe

Tapi Raze sangat respek kat murid yang masuk pertandingan rekacipta masakan baru ....guna bahan yang dibekalkan ajer....Cokodok maggi...emmm sedap.
Banyak lagi acara yang Raze fikir masih boleh dikekalkan dan ditambahbaikan contoh sukaneka, puzzles, dsb. 

Apa apa pun TAHNIAH kepada semua yang terlibat..thanks untuk Pengurusan Pentadbiran juga...




































Tuesday 22 October 2013

Program Kecemerlangan ERT SPM 2013 SMKSB

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, hari nie Raze bersama rakan setugas Ckgu Hjh Nur Sabrina bersama bergandingan bahu cuba membantu murid2 ERT tahun ini  mencapai lulus dgn baik dan berjaya untuk menggenggam sijil SPM.  Ya ALLAH, mohon dipermudahkan dan dilapangkan dada anak2 murid kami ini berjaya dalam SPM, ilmu dunia dan akhirat. Insyaallah.