Saturday 18 May 2013

Resepi : ketupat sotong cek mek

As salam,
Hari nie, Raze belajar buat ketupat sotong dengan mak. Dah lama tak buat, jd ari nie mintak tolong dgn mak..tolong ajar!
Memang terangkat..sedapnya..
Bahan2
Sotong -bersihkan dan buang kulit...toskan
Beras pulut dibasuh dan direndam dgn santan..
Santan + air secukupnya pasti kan airnya sama rata deengan sotong dalam periuk.
Cara2
1. Masukkan beras pulut ke dlm sotong ( 1/2 shj )
2. Sumbat dgn kepala sotong dan cucuk dgn cungkil gigi
3. Masukkan dalam periuk dan masukkan santan, gula merah ( raze guna gula kabung + gula kasar) tambah garam sedikit bg lemak.
4. Masak hingga pekat dan berkilat.. mak kata jgn buang beras pulut yg lebih tu masukkan ajer dalam periuk..senang kita nak tau pulut dlm perut sotong td masak.
5. Haah..dah masak apa lagi ngap lah....

Thursday 16 May 2013

SAMBUTAN HARI GURU DI SMK SG BESAR 2013

As salam, hari nie HARI GURU KE 42..

Raze dah jadi cikgu hampir 20 thn... byk pengalaman pahit manis dalm bidang ini. Cuma bila berada lama dalam bidang ini, terasa peralihan zaman yg ketara. Dulu kita hargai guru dgn memberi ucapan dan hadiah walaupun sebuku sabun Lux. Tapi kini nak tunggu murid kita ucapkan selamat pun susah...

Bagi Raze... hadiah yg plg bermakna dlm hidup Raze selama bergelar pendidik ialah ucapan "ASSALAMUALAIKUM... ini Cikgu Raze yer...." rasa amat bahagia kalau anak murid ingat kat kita walaupun kadang-kadang Raze tak ingat nama anak murid. Maklumlah anak murid beratus, beribu tapi guru hanya seorang.

Ya ALLAH...semoga anak-anak didik ku berjaya dalam hidup sama ada untuk dunia mahupun akhirat. Semoga menjadi insan yg terkamil. Dimurahkan rezeki dipanjangkan umur.

Amiin.







Saturday 11 May 2013

LADAP : PROGRAM LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BIL 2

As salam, hari nie ladap bil 2 kat SMK SG BESAR .
Nasib baik la ada org call , kalau x, xtaula  , mesti kena  tulis surat rasmi.
Hari nie Ckg Linda belanja buah ceri.... emmmm, sedaaapnya....
Meh lah geng ketua panatia ....makan makan kat belakang.


Wednesday 8 May 2013

LATIHAN RDA FORM 5

Latihan RDA

Latihan ini  Raze dapat daripada Puan Shurina : Blog Ekonomi Rumahtngga.blogspots.
Alhamdulillah, dengan adanya latihan seumpama ini dapatlah Raze berkongsi dengan anak-anak murid Raze yang. asyik 'culas' jer. 

Ok , anakanda Raze sekalian jangan lupa buat kerja dan hantar pada saya pada 18/5/2013. Pastikan anda membuatnya....setiap yang BAIK ada GANJARANNYA, setiap yang BURUK ada BALASANNYA. Plz open this link.. SELAMAT MENCUBA!

http://id.scribd.com/doc/95106212/1-2e-Pengiraan-Nilai-Tenaga-Spm-2004-2011

Sunday 5 May 2013

Kreatifnya anakku Muhamad Hafiz

As salam,

Hari nie abg H afiz telah mengatur satu permainan untuk si Adik Isha . Mizz Teddy dgn Ultraman Zoffy.