Tuesday, 6 May 2014
Buat baju raya untuk ke dua2 puteri Raze...
Friday, 2 May 2014
Hari nie merupakan hari ke-4 Raze bertugas...alhamdulillah walaupun banyak sub topik yang tertinggal, murid2nya masih dapat kejar lagi..sepantas helang..
Kebetulan mak buyung kat bilik k/p mencadangkan buat potluck kecil2an..za pun menumpang sekaki menyediakan pulut kuning sempena kedatangan 'orang baru'..alhamdulillah , lepas dah hajat za. Doakan agar hafeeza menjadi anak yang beriman, solehah, bijak, dan sihat walafiat..amin..
Inilah album untuk ari nie...
Monday, 21 April 2014
Doa dan zikir ketika di dapur
As salam, lamanya tidak menjengah kat sini. Sibuk dengan si Kecik Feeza dan si Kakak Nurin. Sebenarnya tadi tengah belek2 rakan group fb terjumpalah satu info yg Raze fikir ianya amat berguna untuk kita kaum ibu atau sesape aje yang duduk kat dapur amalkan. Almaklumlah nak 'isi' perut orang terutama anak2 kta dan suami bukan sahaja daripada rezeki yg berkat tetapi juga ketika penyediaan hinggalah ke penyajian hendaklah bersih lagi suci..x gitu sahabat sekalian..barulah segala segalanya menjadi lancar lagi dirahmati olehNya...
Marilah kita sama2 mengamalkannya...
Thursday, 20 March 2014
Kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam
As salam,
Hari nie kejohanan Bola Baling MSSD Sabak Bernam...
Raze xleh duduk diam , risau macam manalah budak2 ku tahun nie.
Pagi tadi siap2kan baby Hafeeza , kejutkan Kak Isya, hantar pergi rumah nenek. Cuma kakak Isya aje kena ikut mama sbab taska xnak
Terima budak chicken pox..huhuhuhhu....
Terpaksalah kakak ari nie berpanas kejap
Games pertama dah menang 2-0 lawan dgn SMKA 5 , games kedua SMJK Yoke Kuan pun keputusannya 0-2. Johan kumpulan A. Tahniah.
Lepas abiz games , Raze kena balik. Kakak Isya dah mengamuk nak tido ... so maaflah anakanda sekalian mama kena balik. Dgn doakan mama iringkan supaya kejayaan tetap bersama kalian. PERTAHANKAN KEJUARAAN KITA!!!!!!
Tuesday, 18 March 2014
Friday, 14 March 2014
PERKHEMAHAN KADET BOMBA PERINGKAT NEGERI SELANGOR
As salam,
Tahun ini Raze terlepas peluang untuk mengikuti aktiviti kadet bomba. Macam selalu raze selalu akan ceritakan tentang perkembangan aktiviti kadet bomba SMKSB, cuma tahun nie raze 'rehat' sekejap sebab nak jaga bbaby Hafeeza.
Alhamdulillah anakanda kadet bonda masih memberi komitmen yang tinggi hingga terpilih 6 orang kadet ke peringkat negeri. Walaupun berkurangan namun anakanda ku memberikan yang terbaik dalam semua acara mereka. TAHNIAH SABAK BERNAM JUARA KESELURUHAN!
Raze tidak berkesempatan untuk melihat atau merakam aktiviti mereka , hanya iringi doa ku berikan agar mereka sihat dan selamat dalam menjalankan aktiviti pertandingan tersebut dan semestinya berjaya dalam acara mereka masing2. Apapun terima kasih dan sekalung tahniah cikgu ucapakan kepada mu wahai anakanda kadetku semua..ANDA ADALAH YG THE BEST.......♡♡♡♡♡♡♥'')
Thursday, 6 March 2014
Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda.
Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau.
Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.





