Thursday 6 March 2014

Assalamualaikum..
Lama sudah tidak menulis dalam blog Cikgu Raze..
Almaklumlah kehadiran ‘orang baru’ dalam kehidupan raze sekarang makin membuatkan terasa amatlah busy , mana nak urus si Princess ( 1 th 2 bln ) , si abg lagi, budak2 SMKSB..oooOOh berat tanggungan Raze kali ini.Tapi Alhamdulillah dan amat berterima kasih kepada hubbyku yang amat membantu dalam penjagaan anak2, thanks abg..rakan2 taulan SMKSB terima kasih atas keperihatian kalian semua..thanks a lots..
Dalam berpantang kali ini ujian datang bertimpa-timpa, tapi Raze tetap bersyukur dan redha atas ujian Nya kali ini..setiap kali ujian mendatang, ganjaran yang diterima juga setimpal dengan ujianNYa.. itulah yang senantiasa dalam hati Raze. In sha Allah. Amin.
Hari ini, sedang mencari resepi untuk berpantang terbacalah satu info yang amat menarik. Raze paparkan disini untuk perkongsian ilmu bersama. Thanks kepada yang paparkannya di Internet Azwa Iela | Tupai . Jom baca..
Manggis bagus untuk kesihatan
5 Mac – Tahukah anda buah manggis sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan? Selain dapat menyejukkan badan daripada panas selepas memakan durian, manggis juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kulitnya. 

Buah manggis mengandungi sejenis fitonutrien yang kuat iaitu Xanthone. Xanthone dikenali sebagai antioksida yang mampu meneutralkan radikal bebas iaitu penyebab penyakit degeneratif seperti jantung, strok dan kanser. 

Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda. 

Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau. 

Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.
Sumber Petikan:

By Azwa Iela | Tupai – Wed, Mar 5, 2014 11:22 AM MYT

No comments:

Post a Comment