Wednesday 24 September 2014

Resepi lemang periuk kera

Lemang Periuk Kera Bahan-Bahan: 40-50 biji kelongsong periuk kera - di basuh bersih toskan airnya (boleh tahan lama kelongsong ini jika disimpan ditempat lembab atau peti sejuk) 1 kilo pulut @ secukupnya kalau untuk buat banyak rendamkan lebih kurang dalam 1-2 jam toskan Santan dari 2 biji kelapa di perah campurkan yang pekat dan yang cair =kepekatan sederhana (kalau nak guna santan yang pekat sahaja nanti berlemak sangat) garam secukup rasa - dicampur pada santan Cara: 1. Masukkan pulut kedalam kelongsong periuk kera hingga hampir penuh permukaan kelongsong susunkan dalam pengukus - perlu susun agak rapat sebab bentuk periuk kera yang agak bulat lonjong tak boleh tegak so rapat2kan dalam pengukus. 2.  Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan gaul rata, kalau nak mudah isikan santan dalam jug bermuncung untuk curahkan ke dalam kelongsong yang dah ada pulut hingga penuh. 3. Kukuskan lemang periuk kera ini selama 30 minit - tengok kalau belum masak lamakan sikit sebab pulut dengan santan cepat masak. Padamkan api sejukkan dan hidangkan bersama rendang atau serunding daging, ayam, ikan atau serunding kelapa. sedap agak unik.

No comments:

Post a Comment