Friday 29 March 2013

Hilangnya Permata Kasih : Abah ku Hj Abdul Raji bin Hj Abdul Sani

Assalamualaikum wbrth..
Genap hari ke 10, abah tersayang meninggalkan kami adik beradik untuk bersama kekasih hatinya ALLAHswt. Allahuakbar , betapa besarnya kuasa Allah swt meminjamkan kasihnya kepada kami melalui abah. Syukran ya Allah. Kerana Mu , kami dapat bersama selama 40 tahun ini.
Abah, dirimu amat tegas dalam membentuk diri  kami bagi mengharungi perjalanan hidup atas pentas dunia dan akhirat. Maafkanlah along, kerana terlalu menyayangi dirimu..ampunkanlah dosa dan halalkanlah segala makan minum ku..kadang kala cara mu terlalu tegas menyebabkan kami memberontak mengikut kata hati sendiri. Maaf yer abah.
Alfatihah...

1 comment:

  1. Assalamualaikum, Puan, inginkan kepastian... adakah arwah bapa puan ini seorang guru...?

    ReplyDelete