Wednesday 27 February 2013

Keriangan Alam Kanak-kanak

Assalamualaikum,
Waktu mula terselak gambar nie, tergetik hati Raze alangkah indahnya zaman itu.  Melihat gambar ini juga , Raze teringat kenakalan mereka berdua, abis stereo hi-fi pakcik Ejal yang terkopak. Mama tak nak ganti tau! Hahaha

Di sini, Raze nak kongsi satu ilmu yang baru raze baca semalam, nak didik anak yang 'nakal'. Majalah mingguan  wanita , page nya xingatlah pula, ada pakar yang mengatakan sebaik sahaja anak kita tidur , bisikkan ditelinga mereka dengan menyatakan betapa bangga kita menjadi mama dan babah kerana dengan adanya mereka. Betapa pandainya mereka pada hari ini. Setelah itu bisikkanlah kepada mereka betapa seronoknya pergi ke sekolah, jumpa kawan, cikgu, boleh bermain dan belajar dsb.
Tujuannya ialah apabila mereka bangun tidur, sudah ada satu pesanan untuk mereka melayari perjalanan hidup untuk hari ini. Sirami mereka dengan kata yang lembut tetapi tegas .
Bila Raze pikir2kan kadang kala , kita terlalu berkeras untuk mendidik anak untuk mengikut acuan kita bina, bukan hasil daripada tolenrasi ibubapa dengan anak. Mungkin sebab itu anak kita menjadi 'keras', 'degil' untuk dilentur.
Wallahu alam..

No comments:

Post a Comment