Thursday, 13 December 2012

Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api

Assalamualaikum...

Hari ni Raze nak share Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api yang pasti membuatkan penggemar makanan laut terliur. Hehehe

Tak tahu kenapa hari ni rasanya nak sangat makan masakan nih. Teringat-ingat kot.

Masak lemak cili api ni memang senang sangat kalau dah selalu masak. Kalau bukan ketam, boleh jadi udang, boleh jadi kupang, boleh jadi siput sedut, boleh jadi macam-macam jenis masak lemak cili api. Caranya hampir sama ajer. Untuk dapatkan ketam, mudah jer kalau nak cari kat Pasar Sungai Besar. Fresh dan rasanya manis...

Resepi

Bahan-bahan dibahagikan kepada Bahan A dan Bahan B (yang dikisar)

Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
200 gram nanas (dipotong kecil)
Garam secukup rasa

Bahan B (yang dikisar)
15 biji cili api
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
1 cawan air

Cara memasak

  1. Masukkan bahan B (yang dikisar), nanas, ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.
  3. Check atau rasa masakan. Sekiranya tawar, tambahkan sedikit garam lagi dan sekiranya sudah memadai, tutup api.
  4. Boleh dihidangkan dengan nasi putih.

Taraaaa... jadilah Ketam Masak Lemak Cili Api Sungai Besar Style

Ketam Masak Lemak Cili Api

No comments:

Post a Comment