Monday, 31 December 2012

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013

Assalamualaikum...

Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2013 kepada semua ahli keluarga, rakan-rakan guru di sekolah, anak-anak murid dan semua pembaca blog Raze.

Dengan ucapan: Semoga menjadi lebih berjaya dalam apa jua yang diusahakan pada masa hadapan. Pokok kejayaan adalah usaha yang lebih fokus dan melakukan tindakan yang sewajarnya.

Sunday, 23 December 2012

Drama: ADAM dan HAWA


tonton drama adam dan hawa episod 32

Assalamualaikum...
'Tak usah diucap, tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu..' inilah kata-kata yang amat menusuk dalam jiwa Raze maklumlah ketika itu sedang dalam 'honey-moon' mood lagi. Novelis Aisya Sofea adalah favorite Raze. Ini merupakan novel ke-6 dalam simpanan Raze. Selama 4 tahun Raze simpan dalam almari buku supaya orang lain tak jumpa untuk meminjam. Masa tu tengah kedekut, maklumlah tengah buat koleksi.

Sekarang ini, tengah hangat dengan cerita drama Adam dan Hawa. Kalau dulu kena tegur dengan suami sebab kusyuk masyuk baca novel (selagi tak habis, sanggup baca sampai jam 6 pagi ), sekarang anak pula 'sindir' Raze , sikit sikit sikit...Cinta....ost Datuk Siti dengan Hafiz.

Nak tunggu satu episod demi episod juga menyebabkan 'perang remote, kat rumah.alahai susahnya. Jadi untuk kebahagian diri sendiri masukkan PVR- Astro Beyond, takpelah tambah RM sikit. Kalau miss satu episod aje, Raze pasti akan klik kat ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode/. Kini Raze bahagia dapat menonton my fav novel kat TV. Hasil garapan penulis dengan idea penerbit memang menjadi. Banyak watak sampingan turut ditonjolkan dengan baik hingga tidak mengganggu plot cerita yang telah sedia maklum oleh pembaca. Raze minat sangat dengan lakonan Nadiya Nisa dan Aaron Aziz amat 'chemistry'. Tahniah. Tak sabar nak menunggu episod ke-68. 




Saturday, 22 December 2012

Lagu Apo Kono Eh Jang

Assalamualaikum...

First time Raze dengar lagu Apo Kono Eh Jang, terus teringat lagu yang lama nyanyian Ally Noor dan Mastura (penyanyi asal). Memang Raze membesar dengan lagu nih pada zaman 80-an. Tapi tak sangka pulak Kumpulan Stellar, Rafidah Ibrahim dan Datuk AC Mizal beri nafas baru kepada lagu ini dengan memasukkan unsur Tekno, Rap dan lain-lain sepertimana One Nation Emcee beri nafas baru kepada lagu Orang Kampung oleh Jimmy Paikat.

Yang paling bestnya, siapa lah yang boleh nyanyi lagu rap dalam loghat Negeri Sembilan. Rupanya Datuk AC Mizal yang nyanyi. Memang Raze tabik spring lah sama Datuk. Raze nak tanya, ada tak pembaca yang boleh rap dalam loghat nih? Kalau ade, memang hebattt...  :)



Lirik Lagu: Apo Kono Eh Jang - Ac Mizal Ft. Fida 

Jang oh Jang
Mano pulak poi eh budak bertuah ni
Sonyap yo…
Siaplah jang oi…
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari an lain
Ompuk orang jangan diidam

Ha… tu lah, dulu lai den koba kan
Kojo jang… kojo.
Ni.. ke kobun maleh
Ke sawah liat pulak tu

Ah.. Omak ni..
Sekolah tinggi tinggi takkan ke sawah do
Buek malu yo…

Nak kan anak orang tak payah beduit
Apolah nak jadi kau ni jang oi hai…
Abih macano mak
Badan seh ni nak domam yo ghaso eh

Dah den koba an dulu kumpo kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio becacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

Kau nak apo an milah tu pulak
Jangan jang, malu omak
Kito yang susah nanti

Seh tak kiro
Seh nak an jugo milah tu mak
Apo nak jadi, jadilah

Dah di haruk setan ko budak ni
Dunio pun tak nampak layi…

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den
Podih nyo hati menanggung malu
Tak mati badan menghasai… Aih

Apo kono eh jang…

Friday, 21 December 2012

Pengagihan Pendapatan Sebanyak 7.75 sen Seunit dan Bonus 1.15 sen Seunit Untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Assalamualaikum...


PENGERUSI Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) bersama Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah menunjukkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 di Menara PNB di sini hari ini. - Foto BERNAMA

Monday, 17 December 2012

Bila Bonus Kedua dan Gaji Januari 2013 Nak Masuk?

Assalamualaikum...

Esok dah 18 haribulan Disember 2012, gaji bulan Disember dan bonus separuh bulan akan diterima. Oleh kerana tidak sabarnya ramai penjawat awam menunggu tarikh keramat tersebut, post dalam Blog Raze yang bertajuk Bila Gaji Disember Dan Bonus 2012 Nak Masuk? mendapat hit yang sangat tinggi. Hehehe

Namun, post kali ini adalah berkenaan Bonus Separuh Bulan Kedua dan Gaji Januari 2013 dimana tarikhnya adalah pada 23 Januari 2013 iaitu dalam jarak masa 1 bulan 5 hari daripada penerimaan gaji pada bulan Disember 2012.

Cuma Raze nak pesan kepada rakan-rakan penjawat awam supaya membelanjakan wang yang akan diterima nanti dengan berhati-hati. Kalau boleh, rancang dengan betul supaya tidak sengkek pada awal bulan. Pening kepala nanti sebab banyak belanja untuk banyak perkara. Untuk yang mempunyai anak-anak kecil,, sudah tentu perbelanjaannya tertumpu kepada perbelanjaan sekolah anak-anak. Baju sekolah, kasut sekolah, pakaian dalam, beg sekolah, yuran sekolah, belanja sekolah, dan sebagainya.

Selamat Merancang Perbelanjaan!

Klik pada gambar utk besarkan
Sumber: www.anm.gov.my

Sunday, 16 December 2012

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013

Assalamualaikum...

Tahniah adik-adik yang berjaya mendapat keputusan UPSR tahun 2012 yang lalu. Sekarang ni mesti nak tahu sama ada dah dapat ke belum kemasukan ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2013. 

Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh boleh dibuat secara online. Cuba klik Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2013Nanti akan tertera paparan seperti berikut:-

Sumber: www.moe.gov.my

Saturday, 15 December 2012

KEPUTUSAN PMR 2012

Assalamualaikum..

Bila tarikhnya?Telah pun diumumkan di Buletin Utama TV3, 19 Nov 2012 bersamaan hari Rabu tepat jam 10.00 pagi semua calon akan menerima keputusan peperiksaan mereka.

Oleh itu semua calon PMR 2012, bolehlah membuat semakan samaada secara online mahupun sms.Raze amat mengharap kejayaan dalam diri semua anak didik ku. Raze mendoakan kalian berjaya dengan cemerlang dalam PMR 2012.

Tunjukkanlah hasil usaha kalian semua. Banggakanlah kedua orang tua kalian, sebagaimana bangganya cikgu dengan diri kalian semua. MISS U ALL.

Semakan Secara Online:-
1- Buka sistem Analisa Peperiksaan Sekolah
2. masukkan no ID ( kad pengenalan atau Surak Beranak)
3. Pilih  sekolah menengah
4. Klik butang Semak Laporan


Semak Online Keputusan Peperiksaan PMR 2012

Atau

semakan melalui SMS
1. Taipkan PMR(No. KP)(angka giliran ) 
2. Selepas itu, SEND ke 15888

Semak Online Keputusan Peperiksaan PMR 2012