Assalamualaikum..
Lama sudah tidak menulis dalam blog Cikgu Raze..
Almaklumlah kehadiran ‘orang baru’ dalam kehidupan
raze sekarang makin membuatkan terasa amatlah busy , mana nak urus si Princess
( 1 th 2 bln ) , si abg lagi, budak2 SMKSB..oooOOh berat tanggungan Raze kali
ini.Tapi Alhamdulillah dan amat berterima kasih kepada hubbyku yang amat
membantu dalam penjagaan anak2, thanks abg..rakan2 taulan SMKSB terima kasih
atas keperihatian kalian semua..thanks a lots..
Dalam berpantang kali ini ujian datang bertimpa-timpa,
tapi Raze tetap bersyukur dan redha atas ujian Nya kali ini..setiap kali ujian mendatang,
ganjaran yang diterima juga setimpal dengan ujianNYa..
itulah yang senantiasa dalam hati Raze. In sha Allah. Amin.
Hari ini, sedang mencari resepi untuk berpantang
terbacalah satu info yang amat menarik. Raze paparkan disini untuk perkongsian
ilmu bersama. Thanks kepada yang paparkannya di Internet Azwa Iela | Tupai . Jom baca..
Manggis bagus untuk kesihatan
5 Mac –
Tahukah anda buah manggis sebenarnya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk
tubuh badan? Selain dapat menyejukkan badan daripada panas selepas memakan
durian, manggis juga mempunyai banyak manfaat terutamanya kulitnya.
Xanthone boleh memberi kesan positif kepada fungsi badan menjadi lebih sihat. Ia bermanfaat menghalang proses degenerasi sekaligus merangsang regenerasi sel rosak sehingga menjadikan awet muda.
Kulit buah manggis mengandungi xanthone 27 kali lebih banyak daripada isi buahnya. Kandungan antioksida dalam kulit manggis 66.7 kali lobak dan 8.3 kali limau.
Buah manggis boleh digunakan untuk mengubati buasir, keputihan, tonsil, cirit birit, batuk dan sakit gigi manakala kulitnya pula baik untuk memelihara kesihatan kulit, merawat sembelit, sakit mulut dan kejang.
Sumber Petikan:
No comments:
Post a Comment