Ari nie 2hb Jan 2015, abg hafiz dah kami daftarkan ke Sk Sg Limau...Teruja amat sangat la tu...bangun awal pagi sangat2. Sampaikan adik -adiknya pun kena marah sebab lambat..
Semoga abg Hafiz sentiasa bersemangat seperti nie hingga akhir tahun nnt..mamababah love abg 💞💞💞💞so much!
Friday, 2 January 2015
Hari Pertama Abg Hafiz ke Sk Sg Limau
Thursday, 1 January 2015
Takwim Persekolahan 2015
Selamat Tahun Baru 2015 dan Selamat Merancang Aktiviti Sepanjang Tahun 2015
Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua...amiiinn..
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/kalender-cuti-umum-2015-dan-takwim-sekolah-malaysia.html#ixzz3NYDLkPk7
Selamat Tahun Baru 2015 dan Selamat Merancang Aktiviti Sepanjang Tahun 2015
Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua...amiiinn..
LAMPIRAN KALENDAR CUTI UMUM DAN SEKOLAH TAHUN 2015 MALAYSIA
SENARAI PERINCIAN CUTI TAHUN 2015
| Tarikh | Hari | Cuti | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1 Jan | Khamis | Tahun Baru 2015 | Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu |
| 03 Jan | Sabtu | Maulidur Rasul | |
| 14 Jan | Rabu | Keputeraan YDB N. Sembilan | Negeri Sembilan |
| 18 Jan | Ahad | Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
| 01 Feb | Ahad | Hari Wilayah Persekutuan | Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya |
| 03 Feb | Selasa | Hari Thaipusam | Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor |
| 19 Feb | Khamis | Tahun Baru Cina | |
| 20 Feb | Jumaat | Tahun Baru Cina | |
| 04 Mac | Rabu | Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
| 03 April | Jumaat | Good Friday | Sabah & Sarawak |
| 15 April | Rabu | Hari Melaka Bandaraya Bersejarah | Melaka |
| 26 April | Ahad | Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
| 01 Mei | Jumaat | Hari Pekerja | |
| 03 Mei | Ahad | Hari Wesak | |
| 07 Mei | Khamis | Hari Hol | Pahang |
| 16 Mei | Sabtu | Israk dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan & Perlis |
| 17 Mei | Ahad | Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
| 30 Mei | Sabtu | Hari Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah & Labuan |
| 31 Mei | Ahad | Hari Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah & Labuan |
| 01 Jun | Isnin | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
| 02 Jun | Selasa | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
| 06 Jun | Sabtu | Keputeraan YDP Agong | |
| 18 Jun | Khamis | Awal Ramadan | Johor, Kedah, Melaka |
| 04 Julai | Sabtu | Nuzul Al-Quran | Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan |
| 07 Julai | Selasa | Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang |
| 11 Julai | Sabtu | Harijadi YDP Pulau Pinang | Pulau Pinang |
| 17 Julai | Jumaat | Hari Raya Puasa/ Aidilfitri | |
| 18 Julai | Sabtu | Hari Raya Puasa/ Aidilfitri | |
| 31 Ogos | Isnin | Hari Kebangsaan/ Merdeka | |
| 12 Sept | Sabtu | Harijadi YDP Sarawak | Sarawak |
| 16 Sept | Rabu | Hari Malaysia | |
| 24 Sept | Khamis | Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha | |
| 25 Sept | Jumaat | Hari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha | Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis |
| 03 Okt | Sabtu | Harijadi YDP Sabah | Sabah |
| 09 Okt | Jumaat | Harijadi YDP Melaka | Melaka |
| 14 Okt | Rabu | Awal Muharram | |
| 24 Okt | Sabtu | Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
| 10 Nov | Selasa | Hari Deepavali | Kecuali Sarawak |
| 11 Nov | Rabu | Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
| 12 Nov | Khamis | Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
| 18 Nov | Rabu | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
| 22 Nov | Ahad | Keputeraan Sultan Johor | Johor |
| 27 Nov | Jumaat | Keputeraan Sultan Perak | Perak |
| 11 Dis | Jumaat | Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
| 24 Dis | Khamis | Maulidur Rasul | |
| 25 Dis | Jumaat | Hari Krismas |
- Tarikh awal Ramadhan, Hari Raya Aidilfitri, Aidiladha adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi penyimpan mohor besar raja-raja
- Sila rujuk: Takwim Kalendar Islam 2015-1436H Dan Tarikh Penting
| Petunjuk Warna | |
| Cuti Umum | |
| Cuti Negeri |
Pautan sumber : http://www.mysumber.com/kalender-cuti-umum-2015-dan-takwim-sekolah-malaysia.html#ixzz3NYDLkPk7
Tuesday, 30 December 2014
Bonus Penjawat Awam
Alhamdulillah....
Bonus ini dapat membantu rerakan yang menghadapi banjir 2014....
Sabarlah rakan rakan / sedara kami , in sha Allah ada hikmah yang tersembunyi..
Monday, 20 October 2014
Kelab ERT
Alhamdulillah,
Terima Kasih Kolej Komuniti Sabak yang telah menjemput kami bagi menghadiri 'JUBAH STYLISTA'. Nampaknya tujuaan utama za membuat usahasama dengan KK sabak tercapai jua..akhirnya berminat juga mereka dengan kerjaya dibelakang tabir...ert....
Terbuka minda mereka untuk meneruskan cita-cita mereka ke peringkat yang kebih tinggi lagi in sha Allah...amin
Tgok la anakanda ku semua yang tgh berposing..
Tuesday, 14 October 2014
Kolej Komuniti
Tuesday, 30 September 2014
Tazkirah
Kelebihan berpuasa di bulan Zulhijjah
Beberapa dalil daripada Al-Quran dan Hadis telah menyebut tentang kelebihannya:
1. Firman Allah SWT:
[ وَالْفَجْرِ وَلَيَالٍ عَشْر]
[سورة الفجر: 1-2]
Maksudnya: {Demi fajar dan malam yang sepuluh.} [Al-Fajr: 1-2]
Kata Ibnu Kathir: Yang dimaksudkan di sini ialah sepuluh malam yang pertama pada bulan Zulhijjah. Demikian juga tafsiran Ibnu Abbas, Ibnu Az-Zubair, Mujahid dan lainnya. [HR: Imam Bukhari].
2. Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW telah bersabda:
((مَا مِنْ أَيَّامٍ، الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهِنَّ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ -يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ- قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟
قَالَ: وَلا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ، إِلا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ)). [رواه اأحمد 1968، والترمذي 757، واللفظ له].
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah?Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).” [HR: Ahmad, At-Tirmizi].
3. Firman Allah SWT:
{وَيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ فِي أَيَّامٍ مَّعْلُومَاتٍ} [سورة الحج: 28]
Maksudnya: {Hendaklah kamu menyebut nama Allah pada hari-hari yang ditentukan.} [Surah Al-Haj: 28].
Kata Ibnu Abbas RA: Maksudnya ialah hari-hari yang sepuluh itu.
4. Dari Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:
((مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللهِ، وَلا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ الْعَشْرِ، فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ))
[رواه أحمد 5446-صحيح]
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
5. Adalah Said bin Jubir RA (perawi yang meriwayatkan Hadis Ibnu Abbas di atas) apabila tiba hari yang tersebut beliau beribadat bersungguh-sungguh sedaya-upayanya. [HR Ad-Darimi- Hasan].
6. Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar: Yang jelasnya, di antara sebab keistimewaan sepuluh hari Zulhijjah ini ialah kerana terhimpun di dalamnya beberapa ibadat yang besar iaitu: Solat, puasa, sedekah dan Haji. Pada waktu lain, ibadat-ibadat ini tidak pernah terhimpun sebegitu.
AMALAN-AMALAN YANG BAIK DILAKUKAN PADA HARI-HARI TERSEBUT:
1. SOLAT. Disunatkan keluar cepat menuju ke tempat solat fardhu (berjemaah) dan memperbanyakkan solat sunat kerana ianya sebaik-baik amalan. Thauban RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (maksudnya): “Hendaklah kamu memperbanyakkan sujud kepada Allah, kerana setiap kali kamu sujud kepada-Nya, Allah akan angkatkan darjatmu kepada-Nya dan dihapuskan kesalahanmu.” [HR Muslim]. Ini umum untuk semua waktu.
2. PUASA. Kerana ia juga termasuk di dalam amalan soleh. Dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari setengah isteri-isteri Rasulullah SAW berkata: “Rasulullah SAW berpuasa pada hari sembilan Zulhijjah, pada hari Asyura (10 Muharram) dan tiga hari pada setiap bulan.” [HR Imam Ahmad, Abu Daud dan Nasa’ei]
Kata Imam An-Nawawi: Berpuasa pada hari-hari sepuluh adalah sunat yang sangat digalakkan.
3. TAKBIR, TAHLIL dan TAHMID. Ini kerana hadis Ibnu Umar yang di atas mengatakan: “Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil (mengucapkan La-ilaha-illaLlah), bertakbir (mengucapkan Allahu-Akbar) dan bertahmid (mengucapkan Alhamdulillah).”
Kata Imam Bukhari: “Ibnu Umar dan Abu Hurairah RA menuju ke pasar pada hari-hari sepuluh dan bertakbir. Orang ramai yang mendengarnya kemudian turut bertakbir sama.”
Katanya lagi: “Ibnu Umar sewaktu berada di dalam khemahnya di Mina bertakbir, apabila orang ramai yang berada di masjid dan pasar mendengarnya, mereka turut bertakbir sama sehingga Mina riuh dengan suara takbir.”
Ibnu Umar RA bertakbir di Mina pada hari-hari tersebut selepas mengerjakan solat, pada waktu rehat, di dalam majlis dan di semua tempat. Maka sunat mengangkat suara sewaktu bertakbir berdasarkan perbuatan Sayyidina Umar, anaknya dan Abu Hurairah RA.
Adalah patut sekali para muslimin sekarang menghidupkan kembali sunnah yang telah dilupakan pada hari ini, sehinggakan orang-orang yang baik pun telah melupakannya, tidak seperti orang-orang soleh yang terdahulu.
Antara lafaz-lafaz takbir yang diriwayatkan oleh para sahabat dan tabiin:
الله أَكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر كَبِيْراً.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. لا إِلهَ إِلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. وَلِلّهِ الْحَمْد.
الله أكْبَر. الله أكْبَر. الله أكْبَر.
لا إِلهَ إلا الله وَالله أكْبَر.
الله أكْبَر. الله أكْبَر . وَلله الْحَمْد.
Khutbah Segeralah Menunaikan Haji, Panduan Ibadah 10 Awal Zulhijjah dan Ibadah Korban
4. PUASA PADA HARI ARAFAH. Hendaklah berpuasa bagi sesiapa yang mampu pada hari Arafah (9 Zulhijjah) kerana amalan ini telah sabit dari Rasulullah SAW. Baginda telah bersabda mengenai kelebihannya.
((صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ)) [رواه مسلم]
Maksudnya: “Aku mengharapkan Allah menghapuskan kesalahan setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.” [HR Muslim].
PERINGATAN: Ini hanyalah disunatkan untuk orang yang TIDAK mengerjakan haji sahaja. Tetapi bagi jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah tidak disunatkan berpuasa kerana Rasulullah SAW tidak berpuasa sewaktu Baginda wukuf di Arafah iaitu pada tahun Baginda mengerjakan haji.
5. KELEBIHAN HARI RAYA KORBAN (YAUM AN-NAHR), 10 ZULHIJJAH.
Kebanyakan orang Islam telah lupa akan kelebihan hari ini. Kebesaran dan kelebihan perhimpunan umat Islam yang begitu ramai dari seluruh pelusuk dunia. Sesetengah ulama’ berpendapat hari ini ialah hari yang paling afdhal didalam setahun sehingga melebihi hari Arafah.
Kata Ibnu Al-Qayyim: Sebaik-baik hari di sisi Allah ialah hari Nahr, iaitu hari Haji yang besar (Hajj Al-Akbar), seperti yang tersebut di dalam Sunan Abi Daud [No.1765], hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya hari yang paling besar di sisi Allah ialah hari Nahr, kemudian hari Qar”. (Hari Qar ialah hari yang para jamaah haji mabit (bermalam) di Mina iaitu hari kesebelas Zulhijjah).
Setengah ulama’ lain pula berpendapat hari Arafah lebih afdhal kerana berpuasa pada hari itu mengampunkan dua tahun kesalahan, tidak ada hari lain yang Allah merdekakan hamba-Nya lebih ramai daripada hari Arafah dan pada hari itu juga Allah SWT turun menghampiri hamba-Nya dan berbangga kepada malaikat dengan hamba-Nya yang berwukuf pada hari tersebut.
Yang lebih tepatnya ialah pendapat yang pertama (Hari Nahr), kerana hadis telah jelas menyebutkan kelebihannya dan tidak ada yang menyalahinya.
Samada hari Nahr atau hari Arafah yang lebih utama, hendaklah setiap muslim, yang bermukim atau yang mengerjakan haji mengambil peluang ini dengan sepenuhnya untuk mendapatkan kelebihan beribadat pada keduanya.
CARA MENYAMBUT MUSIM KEBAJIKAN:
1. Setiap muslim hendaklah menyambut kedatangan musim kebajikan umumnya dengan bertaubat yang sebenar-benarnya, meninggalkan segala dosa dan maksiat kerana dosalah yang menyekat manusia dari kebaikan dan menjauhkannya dari Tuhannya.
2. Menanam semangat dan azam yang kuat untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: {Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.} [Al-Ankabut: 69].
Contohi Korban Nabi Ibrahim ( Hajar & Ismail)
Perhatian kepada mereka yang ingin melakukan Ibadat korban!
Sabda Rasulullah SAW: Maksudnya: “Apabila masuk sepuluh terawal bulan Zulhijjah dan seseorang itu telah berniat untuk menunaikan ibadat korban, maka janganlah dia membuang (memotong) bulu dan kukunya.” [HR Muslim].
Kata Imam Nawawi rhm: “Para ulama’ berbeza pendapat tentang hukum hadis ini, Imam Ahmad dan sebahagian ulama’ Syafei mengatakan haram perbuatan menghilangkan bulu tadi, tetapi Imam Syafei dan ulama’nya yang lain mengatakan ia adalah makruh tanzih (iaitu makruh yang tidak sampai kepada haram).” [Syarah Sahih Muslim].
Maka sebaik-baiknya bagi kita adalah mengelakkan perkara tersebut dan melakukan persediaan pada awalnya lagi untuk menghadapi larangan yang besar ini.
Akhirnya, sama-samalah kita berdoa semoga kita dipilih oleh Allah untuk termasuk ke dalam golongan mereka yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sekian, wassalam.
وصلى الله وسلم على نبينا محمد، وعلى آله وأصحابه أجمعين.
— Madinah Munawwarah, 30 Zulqi’dah 1418H / 28 Mac 1998. Suntingan terbaru: 19 Zulqi’dah 1426H / 21 Dec 2005.
😀😀😀
Advance kredit to:
www.abuanasmadani.com/kelebihan-sepuluh-hari-awal-bulan-zulhijjah/
Aktiviti Kelab ERT 2014
As salam,
Ini cerita 20/9-21/09/2014, Kelab ERT telah menjalankan aktiviti persatuan ke Kolej Komuniti Sabak Bernam. Antara aktivitinya ialah mendraf pola dan menjahit blaus. Terima kasih cikgu2 Kolej Komuniti Sabak Bernam kerana tolong mengajar kami yang senantiasa dahagakan ilmu..😀😀😀😀😀😀😀😀
Subscribe to:
Posts (Atom)


















