Saturday, 27 April 2013

PUKONG : TRADISI ORANG BANJAR

As salam,

Lama dah tidak menulis kat sini. Terlalu banyak kerja di sekolah hinggakan jumpa anak waktu pagi sebelum mereka bergersk ke sekolah atau nursery masing-masing. Dah rezeki kita agaknya, macam itulah.

Minggu ini Raze mulalah sinsing lengan , konon nak kemas apa yang patut. Maklumlah nak mengubat hati yang kecewa sebab tidak boleh pergi Terengganu , huhuhu....Isha dengsn abg Hafiz batuklah pulak.  Start nak buat kerja, Isha dah mula kerenah, merengek, menangis mcqm orang kena pukul. Abg Hafiz sampai takut nak dekat sebab nanti orang marah kat dia...kecian anak mama.

Akhirnya, Rase ambik keputusan ikat Isha. Bukan nak seksa Isha tapi  nak bagi selesa kat pernafasan dia...dulu arwah nenek ada bagi tau, kalau anak tu kemhong perut ker, selsema ataupun penangisan (speaking banjar... maknanya anak yang suka menangis)  di 'pukong'kan. Supaya anak tu boleh bernafas dan angin mudsh keluar, dan satu lagi disiplinkan anak tu jangan bagi banyak kerenah masa tidur. Agaknya, tu sebab orang dulu-dulu kalau tidur setempat ajer..tak lah macam sekarng sampai katil tukar saiz 'king' pun masih jatuh katil lagi... hehehe.

Alhamdulillah Isha pun dah tidur, siap berdengkur lagi, boleh lah mama buat kerja.. sayang anak mama..muaah.

Friday, 5 April 2013

Aktiviti Persatuan Ekonomi Rumahtangga : Resepi Ais Krim Goreng

Assalamualaikum wbrth...

Hari nie , hari rabu aktiviti ko-kurikulum persatuan ERT SMKSB  merancang untuk memhuat ais krim goreng. Macam biasa la cikgu jugak yang kena keluarkan 'polos'nya. Haah yang makan murid.. hissh, hisssh, hissh. Xpelah asalkan kita enjoy bila berpersatuan.

Bahan-bahannya :
10 keping roti sandwich
5 sudu ais krim - ikut perisa yang digemari
Air atau Susu cair secukupnya - bagi basah kat roti supaya senang melekat
Cawan kopi sebagai acuan
Cara-cara
1. Renjiskan atau basahkan sedi kit roti dengan air atau susu. Tekankan roti dengan belakang sudu.
2. Masukan 1 sudu rata ais krim ... jgn tamak tau dan tutup dengan sekeping lagi roti.
3. Tekan dengan acuan ..
4. Masukkan dallam bekas atau plastik.
5. Simpan dalam  peti sejuk bahagian  dingin beku. Min 1 jam , nak cantik sehari semalam. Ais krimnya dah keras.
6. Panaskan minyak dan goreng  ais krim. Pastikan minyak betul-betul panas.  Masak jgn lama , cukup perang kiri  kanan angkat.
7. Haaa..apa lagi ngap ler...SEDAP!





Pertandingan dan Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri Selangor

Tahniah! Kepada kadet bomba daerah sabak bernam yang telah menyertai pertandingan dan perkhemahan  KBPM Peringkat negeri Selangor atas semangat dan komitmen anda. Tahniah juga kepada Afif dan Nashrul  Ariffin from SMKSB kerana menang dalam pertandingan Expert Challangge( maaf ler dah lm xspeaking london) & balutan.

Friday, 29 March 2013

Hilangnya Permata Kasih : Abah ku Hj Abdul Raji bin Hj Abdul Sani

Assalamualaikum wbrth..
Genap hari ke 10, abah tersayang meninggalkan kami adik beradik untuk bersama kekasih hatinya ALLAHswt. Allahuakbar , betapa besarnya kuasa Allah swt meminjamkan kasihnya kepada kami melalui abah. Syukran ya Allah. Kerana Mu , kami dapat bersama selama 40 tahun ini.
Abah, dirimu amat tegas dalam membentuk diri  kami bagi mengharungi perjalanan hidup atas pentas dunia dan akhirat. Maafkanlah along, kerana terlalu menyayangi dirimu..ampunkanlah dosa dan halalkanlah segala makan minum ku..kadang kala cara mu terlalu tegas menyebabkan kami memberontak mengikut kata hati sendiri. Maaf yer abah.
Alfatihah...

Wednesday, 20 March 2013

SMK. SUNGAI BESAR :PEMILIHAN KADET BOMBA PERINGKAT DAERAH SABAK BERNAM

Assalamualaikum...
Hari ini pemilihan kadet bomba di Balai Bomba Sg Besar. Jam 800pagi sampai 500 petang. Tahun ini kadet Raze amat 'rendang'. Minta2 adalah yg sangkut untuk tahun ini. Selamat berjaya!.













Monday, 18 March 2013

Keputusan STPM Sudah Keluar

Assalamualaikum...

Hari ini keputusan ujian STPM 2012 keluar. Raze ucapkan tahniah kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian STPM. Bagi yang mendapat keputusan kurang cemerlang, jangan lah berputus asa, cuba dan berusaha lah lagi.

Keputusan keseluruhan Malaysia: Seramai 47,884 atau 92.67 peratus calon lulus sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2012.

Sumber: www.bharian.com.my

Thursday, 14 March 2013

LADAP KE-3 : INTERACTIVE WHITEBOARD

Bertempat di Makmal Matematik SMK. SG Besar , jam 300 petang.
Penggunaan Innteractive Whiteboard amat penting dalam P&P  bagi pendidik masa kini. Seiring dengan kehendak semasa  PPPM, dan murid juga berkehendakkan sesuatu yang berbeza not talk and chalk only.
Antara gadjet yang diperlukan ialah semesti whiteboard elektronik, pen  IW, projektor , laptop dan software.