Wednesday, 11 March 2015

Karnival Kerjaya SMK Sg Besar

Ala lupa nak post tentang hal ini....
Sepatutnya lebih ramai student kenq ambik tahu tentang info2 kerjaya seperti ini..kelayakan kita untuk memasuki University dengan result yang ada..peluang2 yg lebih terbuka dgn kerjaya yang lebih lumayan..adik2 mai la , jgn segan jntuk bertanya...takut nnt sesat jalan!!
Gambar sekitar karnival untuk tatapan...










As salam..
Ini cerita untuk hari ini..
Bawa abg Hafiz ke HTI, bertemu dgn pakar tentang kelemahan pembelajarannya. Aritu ingatkan dia disleksia , tapi bila dilihat oleh dr klinik Sg Besar mengatakan abg hanya hyperaktif , tu yg boleh menyebabkannya disleksia. Ari ni jumpa pakar , baru mula treatment...dr menyatakan austime ..
Ya Allah , bila dgr perkataan tersebut rasa runtuh jiwa dan raga..hati mama mana yg sedih.....😢😢😢. Tapi Raze reda atas ujian yang Allah swt  kurniakan untuk diriku...walaupun pahit untuk ku telan..doakanlah supaya abg Hafiz dapat menjalani kehidupan yg normal.....dan bijak hendaknya. Aminnnnn. Kami semua sayang abg Hafiz...

Balik tadi terus goggle tentang autisme..muga2 dapat membantu diri za dan rakan2 yg senasib dgn za...in sha Allah...

TUESDAY, 26 FEBRUARY 2013

Ciri-ciri kanak-kanak Autisme

Share on :


Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada kanak-kanak, yang gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun.

Penyebab autisme adalah gangguan neurobiologis yang menjejaskan fungsi otak sedemikian rupa sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara berkesan.

Gejala yang sangat menonjol adalah sikap kanak-kanak yang cenderung tidak mempedulikan persekitaran dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami kesukaran dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara lisan.

Disamping itu seringkali (prilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-ngepakan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan lain sebagainya.

Gejala autisme sangat berbeza. Sebahagian kanak-kanak berkelakuan hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka cenderung sangat sulit mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, ketawa atau marah-marah tanpa sebab yang jelas.

Selain berbeza dalam jenis gejalanya, intensitas gejala autisme juga berbeza-beza, dari sangat ringan hingga sangat berat.

Oleh kerana banyaknya perbezaan-perbezaan tersebut di antara masing-masing individu, maka saat ini gangguan perkembangan ini lebih sering dikenali sebagai Autistic Spectrum Disorder (ASD) atau Gangguan Spektrum Autistik (GSA).

 Menurut Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM), setiap seorang daripada 150 kanak-kanak yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki autisme dan dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya.

Ada antara mereka memiliki tanda-tanda masalah autisme kronik dan ada yang baru sahaja di peringkat awal. Antara tanda-tanda yang mungkin anak anda autisme adalah;


  • Kesukaran berinteraksi merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini. Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama.
  • Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial.
  • Tidak mencapai tahap perkembangan tepat waktu. Setiap kanak-kanak berkembang secara berbeza. Beberapa kanak-kanak akan merangkak pada empat bulan sementara yang lain tidak boleh, sampai mereka beberapa bulan lebih tua. Ini boleh menjadi normal. Masalahnya bermula apabila setiap tonggak jauh lebih lambat dari biasanya.
  • Anak tidak berbicara. Anak-anak belajar bercakap pada usia yang berbeza. Beberapa akan mula berbicara sangat muda sementara yang lain hanya akan mulai melontarkan kalimat utuh satu hari. Ini boleh sangat normal. Namun jika anak anda tidak mempunyai jenis bicara mengoceh pada usia satu tahun yang satu ini boleh menjadi perhatian utama. Kebanyakan kanak-kanak akan mengatakan beberapa perkataan pada saat mereka enam belas bulan. Jika anak anda tidak melakukannya segeralah hubungi doktor.
  • Tidak ada hubungan mata. Kebanyakan bayi dan kanak-kanak-kanak-kanak akan melihat anda ketika anda bercakap kepada mereka. Anak-anak autis sering tidak memberikan hubungan mata. Mereka tidak akan mengarah ke objek. Mereka tidak akan melihat sesuatu yang anda cuba untuk tunjukkan kepada mereka.
  • Anak tidak menunjukkan emosi. Anak-anak autis sering tidak menunjukkan emosi apapun. Mereka tidak tersenyum kembali apabila seseorang tersenyum pada mereka. Mereka tidak menunjukkan peduli ketika seseorang di sekitar mereka mengekspresikan rasa sakit, atau menangis. Anak autis biasanya tidak suka dipegang atau dipeluk.
  • Suka bermain sendiri. Anak autis biasanya akan bermain sendiri. Mereka merasa lebih selesa sendiri, dan seakan-akan hidup dalam dunianya sendiri. Mereka kesulitan mencari teman. Mereka tidak tahu bagaimana berhubungan dengan anak-anak lain. Mereka tidak mengerti ketika kanak-kanak lain bergurau dengan mereka.
  • Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera.
  • Anak kehilangan kemahiran mengetahui. Anak mungkin telah belajar untuk bercakap dan kemudian kelihatan seolah-olah mereka lupa bagaimana. Mereka boleh belajar kemahiran baru dan kemudian seminggu kemudian tidak tahu bagaimana melakukannya. Anak-anak autis sering kehilangan kemahiran yang telah mereka pelajari.
  • Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
  • Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang  kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.



Autisme boleh terjadi pada siapa saja, tanpa mengira warna kulit, status sosial ekonomi mahupun pendidikan seseorang. Tidak semua individu ASD / GSA memiliki IQ yang rendah. Sebahagian dari mereka dapat mencapai pendidikan di perguruan tinggi. Bahkan ada pula yang mempunyai kemampuan luar biasa di bidang tertentu (muzik, matematik, menggambar).

Sekiranya ada dalam kalangan ahli masyarakat yang mempunyai anak-anak autisme, ia tidak perlu berakhir dengan kekecewaan. Ingatlah bahawasanya Allah SWT sentiasa bersama mereka yang sabar. 

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar."


Wasalam...

# maaf yer..mohon share pada empunya blog..and tqvm for the most valueble info my family and me.http://sekolahpulauaman.blogspot.com/2013/02/ciri-ciri-kanak-kanak-autisme.html

Monday, 9 March 2015

As salam...
Hari ini kelas xbyk biasala dapat relief..masuk kelas 4PV , anak2 bujang semuanya.
Yang nak cerita bila suruh cikgunya tunjukkan cara ikat tie...ALAMAK!!!!
Raze terus ajer goggle...biasala goggle kan ada..
Terima kasih kepada empunya blog ..mohon share gambar yang ada. Semoga ilmu yang ada ini dapat membantu murid kita, and ibu2 seperti diri ku...amin...

Cara-cara mengikat tali leher

Ini adalah beberapa cara untuk mengikat tali leher. Kepada guru-guru lelaki boleh la mencuba cara-cara yang diberikan ini. Semoga semua guru-guru lelaki dapat bergaya dengan kemas setanding dengan profesinal seorang guru. Selamat mencuba.









CARA LAIN







J

Monday, 23 February 2015

TAKLIMAT PRA PENGISIAN PENDAFTARAN SPM 2015

ALAHAI ANAKANDA KU 5ER SEKALIAN
Hari ini dah start isi borang pendaftaran  spm 2015. Terasa sekejap sangat masa berlalu..Ya Allah semoga mereka ini bakal menjadi anak yang solehah dan cemerlang dalam SPM 2015..amin

Monday, 16 February 2015

Jalan-jalan di Bukit Malawati

As salam..
Setelah sekian lama ' terperap' kt umah..bw baby ,abg hafiz& kakak gi jalan2..xjauh pun setakat tgok 'monkey' jer ikut ckp abg hafiz...
Alhamdulillah..seronok tgok depa happy..betul la kata org penat mcm mana pun tgok org lain gembira dan ceria lebih nikmat rasanya. Terma kasih Ya Allah kerana memberiku kesempatan nie....

Friday, 2 January 2015

Hari Pertama Abg Hafiz ke Sk Sg Limau

Ari nie 2hb Jan 2015, abg hafiz dah kami daftarkan ke Sk Sg Limau...Teruja amat sangat la tu...bangun awal pagi sangat2. Sampaikan adik -adiknya pun kena marah sebab lambat..
Semoga abg Hafiz sentiasa bersemangat seperti nie hingga akhir tahun nnt..mamababah love abg 💞💞💞💞so much!

Thursday, 1 January 2015

Takwim Persekolahan 2015

Selamat Tahun Baru 2015 dan Selamat Merancang Aktiviti Sepanjang Tahun 2015
Semoga Allah swt sentiasa merahmati kita semua...amiiinn..

LAMPIRAN KALENDAR CUTI UMUM DAN SEKOLAH TAHUN 2015 MALAYSIA 
kalender kuda 2015
SENARAI PERINCIAN CUTI TAHUN 2015
  TarikhHari  CutiCatatan
1 JanKhamisTahun Baru 2015Kecuali  Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu
03 JanSabtuMaulidur Rasul
14 JanRabuKeputeraan YDB N. SembilanNegeri Sembilan
18 JanAhadKeputeraan Sultan KedahKedah
01 FebAhadHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya
03 FebSelasaHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang, Selangor
19 FebKhamisTahun Baru Cina
20 FebJumaatTahun Baru Cina
04 MacRabuUlang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
03 AprilJumaatGood FridaySabah & Sarawak
15 AprilRabuHari Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprilAhadKeputeraan Sultan TerengganuTerengganu
01 MeiJumaatHari Pekerja
03 MeiAhadHari Wesak
07 MeiKhamisHari HolPahang
16 MeiSabtuIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan & Perlis
17 MeiAhadKeputeraan Raja PerlisPerlis
30 MeiSabtuHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
31 MeiAhadHari Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah & Labuan
01 JunIsninPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
02 JunSelasaPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
06 JunSabtuKeputeraan YDP Agong
18 JunKhamisAwal RamadanJohor, Kedah, Melaka
04 JulaiSabtuNuzul Al-QuranKelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan
07 JulaiSelasaUlang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
11 JulaiSabtuHarijadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
17 JulaiJumaatHari Raya Puasa/ Aidilfitri
18 JulaiSabtuHari Raya Puasa/ Aidilfitri
31 OgosIsninHari Kebangsaan/ Merdeka
12 SeptSabtuHarijadi YDP SarawakSarawak
16 SeptRabuHari Malaysia
24 SeptKhamisHari Raya Korban/ Haji/ Aidiladha
25 SeptJumaatHari Raya Korban/ Haji/ AidiladhaKelantan, Terengganu, Kedah, Perlis
03 OktSabtuHarijadi YDP SabahSabah
09 OktJumaatHarijadi YDP MelakaMelaka
14 OktRabuAwal Muharram
24 OktSabtuKeputeraan Sultan PahangPahang
10 NovSelasaHari DeepavaliKecuali Sarawak
11 NovRabuKeputeraan Sultan KelantanKelantan
12 NovKhamisKeputeraan Sultan KelantanKelantan
18 NovRabuHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
22 NovAhadKeputeraan Sultan JohorJohor
27 NovJumaatKeputeraan Sultan PerakPerak
11 DisJumaatKeputeraan Sultan SelangorSelangor
24 DisKhamisMaulidur Rasul
25 DisJumaatHari Krismas
Petunjuk Warna
Cuti Umum
Cuti Negeri


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/kalender-cuti-umum-2015-dan-takwim-sekolah-malaysia.html#ixzz3NYDLkPk7