Tuesday, 3 June 2014

Cuti-cuti Sekolah bersama Anakanda2 Tersayang

Part 1..cuti sekolah dah menjelang tiba tapi kami belum bersedia untuk bercuti kerana mama ada tugas khas untuk memastikan kadet-kadet bomba mama bertolak ke Sarawak dengan baik..huhuhu. cian anak2 mama. Maaf yer sayang.
Tapi oleh kerana xnak hilangkan mood cuti sekolah , Raze bawa mereka pergi ke pantai ajer menikmati pemandangan senja dan yang paling penting makan 'Mee Udang'.. emmmm sedap tu...

Saturday, 17 May 2014

Sukan Tahunan PASTI Daerah Sabak Bernam

Yeaahhh...tahun ini abg Hafiz join sukan lg tapi kalIi ini di PASTI BADDROTIM. Dua tahun lepas kt Pra Jais..abg Hafiz seronok sangat sebab dpt main banyak acara kali nie jd hadiahnya pun banyak..
Tahniah abg Hafiz..mama sayang abang..muaahh!!!♡♡♡♡

Friday, 16 May 2014

SELAMAT HARI GURU 2014!!!!♥♥

SELAMAT HARI GURU 2014
GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI

ALHAMDULILLAH..tahun ini sekali lagi sambutan hari guru diraikan di SMK Sg Besar...
Raze merasa amat bertuah sbb tahun  ini dapat bersama selepas tahun 2013 , Raze sambut kat Hospital Teluk Intan huhuhu...
Tahun amat meriah kat Padang SMKSB...ramai juga cikgu cikgi ke padang, dek seronok bermain..hahaha lepas tension xngajar hari nie.
Dikesempatan ini Raze nak ucapkan TERIMA KASIH CIKGU, kerana mengajar dan mendidik kami hingga dapat berdiri dengan kaki sendirinya.
P/s : Raze mengajar di SMKSB , di sinilah aku dididik dan diajar....

Tuesday, 6 May 2014

Friday, 2 May 2014

Jamuan hari Jumaat..

Hari nie merupakan hari ke-4 Raze bertugas...alhamdulillah walaupun banyak sub topik yang tertinggal, murid2nya masih dapat kejar lagi..sepantas helang..

Kebetulan mak buyung kat bilik k/p mencadangkan buat potluck kecil2an..za pun menumpang sekaki menyediakan pulut kuning sempena kedatangan 'orang baru'..alhamdulillah , lepas dah hajat za. Doakan agar hafeeza menjadi anak yang beriman, solehah, bijak, dan sihat walafiat..amin..






Inilah album untuk ari nie...

Monday, 21 April 2014

Doa dan zikir ketika di dapur

As salam, lamanya tidak menjengah kat sini. Sibuk dengan  si Kecik Feeza dan si Kakak Nurin. Sebenarnya tadi tengah belek2 rakan group fb terjumpalah satu info yg Raze fikir ianya amat berguna untuk kita kaum ibu atau sesape aje yang duduk kat dapur amalkan. Almaklumlah nak 'isi' perut orang terutama anak2 kta dan suami bukan sahaja daripada rezeki yg berkat tetapi juga ketika penyediaan hinggalah ke penyajian hendaklah bersih lagi suci..x gitu sahabat sekalian..barulah segala segalanya menjadi lancar lagi dirahmati olehNya...

Marilah kita sama2 mengamalkannya...