Monday, 2 September 2013

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SMK SG BESAR

SMK Sg Besar :  Unit Ko-korikulum telah mengadakan  perkhemahan tahunan unit uniform untuk tahun 2013 bertempat di Padang SMKSB bermula pada 30/8-1/9/2013. Tahniah kepada unit ko-ko , GPK KO-ko Pn Sazuna, petugas petugas perkhemahan , guru guru praktikal dan juga peserta perkhemahan.
































Sunday, 1 September 2013

Sambutan Hari Raya dan Majlis Motivasi Murid Anjuran Unit Ko-kurikulum SMK Sg Besar

Assalamualaikum...

Petang ini aje SMK Sg Besar, ada 3 program berjalan serentak.. alahai penatnya. Mula-mula mesyuarat pengurusanAset sekolah, pastu mesyuarat Kewangan. Semuanya tentang perbelanjaan panitia. Letihlah, nasib baik Raze punya panatia ada 3 ahli aje kalau idak jenuh la. Cuma yang bestnya ialah petang pas abis aje mesyuarat, kami pun serbu unit koku. Ingatkan dah start  nak makan, rupanya ada lagi ucapan pengerusi.. tapi kat sini Raze respek kat murid-murid ini sebab boleh pakai baju raya multirasional, ada India, cina dan melayu







Friday, 30 August 2013

Majlis Kemerdekaan ke 56 di SMk Sg Besar

Assalamualaikum...

Sambutan kali ini berlangsung di Dewan Bestari SMK Sg Besar. Di rasmikan oleh Pengetua SMK Sg Besar, Pn Hjh  Zuraidah bt Mohd Sanif. Kolaborasi panitia Sejarah, Unit Ko kurikulum, Tingkatan Enam dan  Panitia  Sivik dan Kenegaraan sangat menjadi. Tahniah murid -murid SMK Sg Besar yang turut sama menjayakan majlis ini.








Saturday, 17 August 2013

Gambar Hari Raya 2013

Assalamualaikum...

Raze nak share gambar-gambar Hari Raya Aidilfitri 2013 di rumah arwah Abah di Sungai Besar.

Gambar2 kami sekeluarga dengan suamiku, abang Jasmin dan anak lelaki kesayangan, Hafiz jer tak ada. Nanti Raze upload bila ada gambar diorang nanti.

Di blog ini, Raze dan Sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan yang meraikannya. Mohon maaf Zahir dan Batin andaikata ada silap dan salah, halalkan apa yang termakan dan terminum oleh kami sekeluarga.

Bergambar dengan Isya dan di belakang tu anak saudara, Ammer

Gambar 2 adik perempuan Raze

Gambar adik2 perempuan dan adik ipar

Gambar empat adik beradik dan Mak

Gambar raya untuk perempuan only

Gambar free style...