Monday, 2 September 2013

PERKHEMAHAN UNIT UNIFORM SMK SG BESAR

SMK Sg Besar :  Unit Ko-korikulum telah mengadakan  perkhemahan tahunan unit uniform untuk tahun 2013 bertempat di Padang SMKSB bermula pada 30/8-1/9/2013. Tahniah kepada unit ko-ko , GPK KO-ko Pn Sazuna, petugas petugas perkhemahan , guru guru praktikal dan juga peserta perkhemahan.
































Sunday, 1 September 2013

Sambutan Hari Raya dan Majlis Motivasi Murid Anjuran Unit Ko-kurikulum SMK Sg Besar

Assalamualaikum...

Petang ini aje SMK Sg Besar, ada 3 program berjalan serentak.. alahai penatnya. Mula-mula mesyuarat pengurusanAset sekolah, pastu mesyuarat Kewangan. Semuanya tentang perbelanjaan panitia. Letihlah, nasib baik Raze punya panatia ada 3 ahli aje kalau idak jenuh la. Cuma yang bestnya ialah petang pas abis aje mesyuarat, kami pun serbu unit koku. Ingatkan dah start  nak makan, rupanya ada lagi ucapan pengerusi.. tapi kat sini Raze respek kat murid-murid ini sebab boleh pakai baju raya multirasional, ada India, cina dan melayu







Friday, 30 August 2013

Majlis Kemerdekaan ke 56 di SMk Sg Besar

Assalamualaikum...

Sambutan kali ini berlangsung di Dewan Bestari SMK Sg Besar. Di rasmikan oleh Pengetua SMK Sg Besar, Pn Hjh  Zuraidah bt Mohd Sanif. Kolaborasi panitia Sejarah, Unit Ko kurikulum, Tingkatan Enam dan  Panitia  Sivik dan Kenegaraan sangat menjadi. Tahniah murid -murid SMK Sg Besar yang turut sama menjayakan majlis ini.








Saturday, 17 August 2013

Gambar Hari Raya 2013

Assalamualaikum...

Raze nak share gambar-gambar Hari Raya Aidilfitri 2013 di rumah arwah Abah di Sungai Besar.

Gambar2 kami sekeluarga dengan suamiku, abang Jasmin dan anak lelaki kesayangan, Hafiz jer tak ada. Nanti Raze upload bila ada gambar diorang nanti.

Di blog ini, Raze dan Sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam dan yang meraikannya. Mohon maaf Zahir dan Batin andaikata ada silap dan salah, halalkan apa yang termakan dan terminum oleh kami sekeluarga.

Bergambar dengan Isya dan di belakang tu anak saudara, Ammer

Gambar 2 adik perempuan Raze

Gambar adik2 perempuan dan adik ipar

Gambar empat adik beradik dan Mak

Gambar raya untuk perempuan only

Gambar free style...

Friday, 26 July 2013

Eksploitasi Agama Untuk Meningkatkan Penjualan Produk

Assalamualaikum...

Raze terjumpa video nih yang menerangkan eksploitasi agama untuk meningkatkan penjualan produk-produk makanan. Memang sekarang ni terdapat kaedah penjualan produk yang tidak betul dan memesongkan seperti Kismis Doa, Air Jampi dan sebagainya. Produk yang terbaru adalah Serunding Daging bacaan ayat suci al Quran dan zikir. 

Cuba dengar dulu video ni sampai habis dan faham-fahamkan mesejnya...

Sharing is caring



Ini ler iklan serunding dengan bacaan ayat suci al quran dan zikir?

Iklan Hari Raya Tahun 2013 Yang Menyentuh hati

Assalamualaikum...

Tahun ni ada beberapa iklan Hari Raya yang menyentuh hati, semuanya berkaitan dengan hubungan ibu dan anak. Antaranya yang boleh diperolehi di Youtube adalah seperti berikut:-

1) Iklan Hari Raya Petronas bertajuk Jahit.



2) Iklan Hari Raya Samsung bertajuk Samsung Family Portraits: A Story About Hari Raya 2013



3) Iklan Hari Raya CST Production pada tahun 2011 tapi video ni pasti buat air mata pembaca meleleh...



Jadi Isha dan Hafiz kena ingat ibu sentiasa kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu untuk membesarkan amat tidak ternilai.

Wednesday, 17 July 2013

Kadar Zakat Fitrah 2013/1434H Negeri Seluruh Malaysia

Assalamualaikum...

BERIKUT ADALAH KADAR ZAKAT FITRAH SELURUH NEGERI BAGI TAHUN 2013/1434 HIJRAH:

Perlis RM6.00

Kedah RM7.00

Pulau Pinang RM7.00

Perak RM7.00

Selangor RM7.00

Negeri Sembilan RM6.50

Melaka RM6.50

Johor RM5.00/8.00*

Pahang RM7.00

Terengganu RM4.50/7.00/7.60*

Kelantan RM7.00

Sarawak RM6.50

Sabah RM7.00

(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan RM7.00

*Bagi Negeri Johor dan Terengganu,kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah:

Di dalam buku “sudah sahkah puasa anda?” disebutkan ada beberapa hukum waktu mengeluarkan zakat fitrah. Hukum-hukumnya seperti berikut:-

1. Wajib

Seseorang wajib mengeluarkan zakat fitrah mulai terbenamnya matahari akhir bulan Ramadhan (malam hari raya).

2. Jawaz (Boleh\Harus)

Harus bagi seseorang mengeluarkan zakat bermula awal bulan Ramadhan.

3. Afdhal (utama\lebih baik)

Zakat fitrah afdhal dikeluarkan setelah fajar sebelum melaksanakan sholat Eidul Fitri.

4. Makruh

Mengeluarkan zakat fitrah makruh jika diakhirkan sampai setelah solat Eidul Fitri dilaksanakan.

5. Haram

Waktu haram mengeluarkan zakat fitrah adalah jika mengakhirkannya sampai terbenam matahari hari raya tanpa udzur, wajib atasnya mengqadha’ dan ia berdosa atas hal itu.

Akan tetapi jika ia mengakhirkannya karena uzur, seperti tidak ada yang berhak dikotanya, atau jika menunggu seseorang yg lebih memerlukannya, maka hukumnya tidak haram (di Malaysia kita sudah ada ‘amil yang telah dilantik, tidak perlu lagi kita mencari faqir dan miskin. Maka, keuzuran seperti yang disebutkan tidak patut berlaku)